Sunday, December 6, 2009

Peristiwa kereta jatuh dari bumbung ke elevator KB Mall ,Kota Bharu








6 hb Disember 2009 di Pusat Membeli Belah KB Mall,Kota Bharu,Kelantan .Siapa sangka sebuah kereta yang berada ditempat parking atas bumbung jatuh dan terus jatuh kebawah dan menghempap ke elevator di tengah tengah kesesakan manusia. Malang nya 3 orang yang berada diatas elevator tidak sempat melarikan diri dan menjadi mangsa dan terus meninggal dunia. Dengar khabar kedua dua mereka itu pelajar jururawat .  Ini lah takdir, kematian seseorang tidak mengenal tempat ,masa atau umur ia boleh berlaku kepada sesiapa pun. Kematian boleh berlaku sekelip mata sahaja. Apabila hendak keluar rumah ikut lah sunnah nabi ,baca al quran pelindung diri dan   bertawakal pada Allah agar kita selamat pergi dan kembali ,kerana ajal tidak mengenal sesiapa ,kita perlu sentiasa berdoa agar kita mati pun dalam husnul khotimah ,Amin. Mari lah kita hadiahkan al fatihah kepada mangsa..Al Fatihah.

Sunday, November 8, 2009

Melindungi dari penyakit ANGIN AHMAR melalui Doa

Doa Angin Ahmar

Telah diceritakan bahawa Hassan Bin Ali,cucunda Nabi s.a.w telah menghidap penyakit rongga dan keluar darah daripadanya,lalu nabi S.a.w dan sahabatnya telah mendapat khabar akan yang demikian ,tiba tiba turun lah melaikat Jibrail lalu berkata "hai Rasulullah.sesungguhnya Al Hasan telah kena penyakit "angin". Sabda Nabi s.a.w: "Hai saudara ku Jibrail,ada kah ubat baginya ?dijawab oleh jibrail: "bahkan ada." Kemudian Jibrail pun ghaib lah sejurus lalu kembali dan berkata kepada Rasulullah suatu hadiah doa yang mustajab,maka barangsiapa membacanya walaupun sekali seumur hidupnya nescaya ia terselamat daripada RIH (angin) Ahmar. Maka Nabi s.a.w pun membaca doa ini bagi Hassan r.a maka sembuhlah Hassan dari penyakit itu. Lalu Nabi s.a.w telah bersabda kepada sahabatnya "Pelajari lah oleh mu akan doa ini dan ajarkan lah dia kepada umatku supaya doa doa ini memberi manfaat kepada mereka serta memelihara mereka daripada ditimpa bala "Penyakit Angin Ahmar".

*Doa ini boleh dibaca pada air bersih atau dicampur dengan air zam zam dan beri minum kepada pesakit yang telah pun kena penyakit ini setiap hari.

Ini lah doa nya ......











PENYAKIT ANGIN AHMAR (STROKE)

Stroke atau angin ahmar adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap hal yang kita lakukan atau fikirkan, serta mengawal fungsi automatik seperti pernafasan. Otak memerlukan bekalan darah malar yang membawa oksigen dan nutrisi penting. Apabila pembuluh darah di otak pecah atau pun tersumbat, bekalan darah berhenti dan sel-sel otak kekurangan oksigen dan nutrisi dan sebahagian daripada otak mulai mati. Stroke atau angin ahmar berlaku dengan pantas sekali. Kerosakan otak menjejaskan deria rasa dan pertuturan . Sebahagian sisi tubuh mungkin akan lumpuh, perilaku kita, pola berfikir dan memori kita pun terjejas..

Stroke adalah yang ketiga penyebab kematian terbesar di Malaysia . Setiap tahun sekitar 40,000 orang di Malaysia menderita stroke .Melihat kepada keadaan gaya hidup manusia sekarang,sesiapapun boleh mendapat stroke walaupun ia seorang remaja , tetapi majoriti kes mempengaruhi orang dewasa.

Apa Yang Menyebabkan Penyakit Angin Ahmar?
Terdapat dua jenis stroke 1) ischaemic stroke- berlaku apabila gumpalan darah arteri yang menyekat bekalan darah ke otak. Stroke ” ischaemic” adalah hasil dari pembinaan kolesterol dan dalam arteri (aterosklerosis) selama bertahun-tahun . 2) haemorrhagic stroke – berlaku disebabkan pembuluh darah di dalam atau di sekitar otak pecah, menyebabkan pendarahan . Ini berlaku akibat tekanan pada pembuluh darah akibat penyakit darah tinggi yang tidak diubati .

Simpton Angin Ahmar
1 Lemah atau kebas sebelah tubuh
2 Penglihatan kabur
3 Kesukaran bercakap atau memahami pertuturan
4 Pening ,kehilangan kseimbangan atau keliru
5 Pening kepada yang kronik
6 Mual atau muntah

Saturday, October 31, 2009

Membina Pelajar Cemerlang Yang Beriman







Berikut ada lah panduan untuk kecemerlangan

A Jaga Makanan
Makanan Yang Boleh Menjejaskan Hafalan.
1 Makanan asam
2 Pulut
3 Ais

Makanan Yang Boleh Menyihatkan Fikiran
1 Makan ikan,minyak ikan laut dalam (mengandungi DHA dan EPA ia itu asid essential  yang tinggi)
Otak mengandungi DHA yang tinggi dalam "grey matter" .
2 Bitamin B1(thiamine)
3 Minum susu kambing
4 Kurangkan makanan berkalori tinggi kerana ia boleh membantu mencetuskan pertumbuhan "nerve growth factors" ,penting untuk untuk.
5 Mengunyah kacang (meningkatkan pengedaran darah keotak)
6 Makan buah buahan dan sayur yang mengandungi "antioksidan" yang tinggi seperti:- buah kismis ,Blueberries, Blackberries, Cranberries, Strawberries, Spinach, Raspberries, Brussels sprouts, Plums, Broccoli, Beets, Avocado, Oranges, Red grapes, Red bell peppers, Cherries , Kiwis,Gingko Biloba ,bunga cengkih
7 Minum air secukupnya.
Otak mengandungi 80% air.Ketidakcukupan air ke otak akan menyebabkan "slight dehydration" boleh meningkatkan hormon stres. Minum lah 8 gelas air sehari.

B Tidur secukupnya

C Selalu baca alquran
Membaca alquran boleh memenangkan hati kita dan membersih kan jiwa kita ynag mungkin bersarabut dengan matapelajaran yang perlu dihafal. Sebab itu lah alquran dianggap ubat untuk hati dan jiwa. Apabila dibaca alquran, hati akan mengeluarkan getaran yang tinggi kerana tiap tiap huruf alquran itu mempunyai energi dan getaran yang amat dashyat diluar pemikiran manusia. Orang yang membaca Al Qur'an juga pada dasarnya sedang melakukan stimulasi berupa resonansi getaran-getaran elektromagnetik kepada sistem energi tubuh kita. Bila ayat Al Qur'an dibaca berulang-ulang dengan khusyuk dan penuh ketakwaan, akan mampu melahirkan gelombang elektromagnetik yang mengetarkan diri kita dan menenangkan hati kita. Hati kita di ibaratkan sebuah cermin,noda dan dosa telah mengelapkan nya hari demi hari,biarlah kalimah kalimah suci itu membersih hati kita yang semakin berkarat itu....insyaAllah moga moga dinampak kan cahaya kebenaran ilahiah.

D Selalu memgembirakan hati ibubapa.
kita perlu ingat ibubapa kita selalu berdoa untuk kejayaan kita. Mereka sangup berkorban apa saja untuk memastikan kita berjaya ..tanpa mereka siapa lah kita. Jangan lah sekali kali kita bersangka buruk dan menyakit hati mereka waluapun ada yang kita rasa tidak puas hati terhadap mereka.  Kita rasa ibu bapa kita pilih kasih dan lebih sayangkan adik beradik lain, tetapi mungkin itu hanya sangkaan buruk kita yang kita kadang kadang tidak fahami perkara yang sebenar. Minta ampun lah kepada mereka dan jangan lagi mengecilkan hati mereka.

E Jangan jemu jemu membaca walaupun bukan buku akademik.
Kebanyakan pelajar zaman sekarang hanya tahu membaca buku akademik sahaja .Bercakap tentang ilmu pengetahuan lain amat lemah , apa tah lagi kalau bercakap mengenai hal ehwal ekonomi ,bencana alam,peperangan ,politik dan sebagainya . Habis membaca buku akademik ,komputer ada lah teman mereka ,sanggup berkekang mata satu malam bermain dengan "game" kegemaran mereka.  Nasihat saya ,jangan belajar untuk lulus peperiksaan  sahaja . Pupuk lah budaya membaca apa sahaja artikel , buku buku bukan akedemik seperti kesihatan,ekonomi, sains kerana lebih banyak kita berfikir,semakin tajam minda kita, semakin matang pemikiran kita. Jangan lah jadi seorang siswazah yang masih berfikiran kanak kanak umur 7 tahun tahu main sahaja. Be more serius in life !.

Friday, October 30, 2009

Siri Latihan Senaman Pernafasan Asas (Metafizik)

Latihan 1 : Meneguhkan Jiwa

Caranya:-
1. Berdiri di atas satu kaki (kanan) dan angkatkan kaki kiri ke atas.
2. Rangkapkan jari –jari tangan kanan dan kiri dan letakkan di bahagian belakang kepala.
3. Ambil nafas panjang melalui hidung dan tahan di perut selama mungkin .
4. Hembuskan nafas menerusi mulut dengan sekuat kuat nya serta selama mana yang bolih.
Turunkan kaki.
5. Ulangi latihan beberapa kali.

Latihan 2 : Menguatkan Daya Tahan Penyakit

Manfaat:-
1. Untuk pengubatan dan penyembuhan penyakit.
2.Kesegaran wajah dan semangat yang besar.

Cara nya:-
1.Berdiri tegak menghadap ke arah timur (matahari timur)
2 Letakkan kedua-dua belah tangan ke bahagian pinggang.
3 Tarik nafas panjang melalui hidung dan tahan nafas selama mungkin sambil berdiri diatas jari jari kaki.
4. Hembuskan nafas menerusi mulut dengan sekuat kuatnya dengan penuh perasaan bahawa udara yang kotor dan sifat negatif di keluarkan.
5. Ulangi latihan ini berkali-kali.

Thursday, October 29, 2009

Khasiat Spirulina Dan Chlorella


Makanan organik "Superfood" untuk kesihatan yang optimum.

Spirulina ada lah satu sel algae yang mempunyai warna hijau kebiruan yang hidup dalam air yang mempunyai ph alkali. Perkataan spirulina berasal dari latin bermakna "helix" atau "spiral" yang mempunyai rupa bentuk berputar putar. Spirulina juga memberi maksud pemakanan tambahan untuk kegunaan manusia dan haiwan dihasilkan dari 2 jenis spesies organisma cyanobacteria: 1 Arthrospira platensis, dan 2 Arthrospira maxima. Kini Spirulina di tanam secara besar besaran untuk menghasilkan pemakanan kesihatan manusia di seluruh dunia.

Chlorella juga merupakan satu sel alga mempunyai nukleus dan kandungan chlorophyl yang tinggi. Kedua dua Spirulina dan Chlorella mempunyai kandungan protin yang tinggi (58%), karbohidrat, kesemua Bitamin B, Bitamin C dan E, asid amino , "Essential Fatty asid, dan minerals. Kandungan bitamin B12 lebih tinggi dari organ hati (liver) dan juga kandungan beta kerotin juga tinggi.

Kedua dua pemakanan ini chlorella dan spirulina ada lah penuh dengan nutrien dan "phytochemicals" penting untuk kesihatan dan meningkatkan daya tahan tubuh dari penyakit.

KHASIAT PEMAKANAN "SPIRULINA DAN CHLORELLA"

Makanan organik "Superfood" untuk kesihatan yang optimum.

Spirulina ada lah satu sel algae yang mempunyai warna hijau kebiruan yang hidup dalam air yang mempunyai ph alkali. Perkataan spirulina berasal dari latin bermakna "helix" atau "spiral" yang mempunyai rupa bentuk berputar putar. Spirulina juga memberi maksud pemakanan tambahan untuk kegunaan manusia dan haiwan dihasilkan dari 2 jenis spesies organisma cyanobacteria: 1 Arthrospira platensis, dan 2 Arthrospira maxima. Kini Spirulina di tanam secara besar besaran untuk menghasilkan pemakanan kesihatan manusia di seluruh dunia.

Chlorella juga merupakan satu sel alga mempunyai nukleus dan kandungan chlorophyl yang tinggi. Kedua dua Spirulina dan Chlorella mempunyai kandungan protin yang tinggi (58%), karbohidrat, kesemua Bitamin B, Bitamin C dan E, asid amino , "Essential Fatty asid, dan minerals. Kandungan bitamin B12 lebih tinggi dari organ hati (liver) dan juga kandungan beta kerotin juga tinggi.

Kedua dua pemakanan ini chlorella dan spirulina ada lah penuh dengan nutrien dan "phytochemicals" penting untuk kesihatan dan meningkatkan daya tahan tubuh dari penyakit.

KHASIAT CHLORELLA DAN SPIRULINA

Makanan organik "Superfood" untuk kesihatan yang optimum.

Spirulina ada lah satu sel algae yang mempunyai warna hijau kebiruan yang hidup dalam air yang mempunyai ph alkali. Perkataan spirulina berasal dari latin bermakna "helix" atau "spiral" yang mempunyai rupa bentuk berputar putar. Spirulina juga memberi maksud pemakanan tambahan untuk kegunaan manusia dan haiwan dihasilkan dari 2 jenis spesies organisma cyanobacteria: 1 Arthrospira platensis, dan 2 Arthrospira maxima. Kini Spirulina di tanam secara besar besaran untuk menghasilkan pemakanan kesihatan manusia di seluruh dunia.

Chlorella juga merupakan satu sel alga mempunyai nukleus dan kandungan chlorophyl yang tinggi. Kedua dua Spirulina dan Chlorella mempunyai kandungan protin yang tinggi (58%), karbohidrat, kesemua Bitamin B, Bitamin C dan E, asid amino , "Essential Fatty asid, dan minerals. Kandungan bitamin B12 lebih tinggi dari organ hati (liver) dan juga kandungan beta kerotin juga tinggi.

Kedua dua pemakanan ini chlorella dan spirulina ada lah penuh dengan nutrien dan "phytochemicals" penting untuk kesihatan dan meningkatkan daya tahan tubuh dari penyakit.

Tuesday, October 27, 2009

Beramal Dengan Ayat Kursi Memohon Perlindungan Allah..

Berita mengenai kecurian,ragut,rogol setiap masa dipaparkan didalam media masa,seolah olah tiada lagi tempat yang selamat dan aman dalam negara kita ini . Apa bila kita mendengar peristiwa buruk itu berlaku ke atas kenalan atau keluarga kita ,hanya takziah atau simpati sahaja yang boleh kita berikan.Mangsa akan menghadapi trauma yang sukar dilupakan akibat kejadian tersebut. Kita jangan rasa sedap hati kerana peristiwa tersebut tidak berlaku kepada kita atau keluarga kita kerana sejauh mana kita ikhtiarkan semuanya ketentuan Allah. Mungkin semua ini berlaku kerana bala atau ujian ..atau mungkin kerana kita kurang berhubungan dengan Allah.

KEHEBATAN AYAT KURSI.

Ayat kursi terdapat dalam alquran di dalam surah Baqarah ayat 255,turunkan setelah hijrah.Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Dari Anas bin Malik RA berkata,Rasullulah SAW bersabda: " Apabila seseorang dari umatku membaca ayat kursi 12 kali,kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh ,nescaya Allah akan menjaganya daripada kejahatan syaitan dan darjahnya sama dengan orang yang membaca seluruh al quran sebanyak 3 kali,dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia"

Apabila memohon perlindungan dengan Allah ia termasuklah perlindungan rumah kediaman /premis dan diri sendiri kita sendiri . Memohon perlindungan bermakna ,kita memohon Allah melindungi kita dari niat jahat manusia , bala malapetaka dan dari gangguan jin,iblis dan syetan. Berikut adalah panduan yang boleh di amal dengan menggunakan ayat Kursi .

A Perlindungan Kediaman (Pagar rumah).

a Bermula bacaan ini di satu penjuru rumah (dalam atau luar) di sebelah kanan.
b Niat lah " Ya Allah dengan kehendakMU, selamatlah kediaman ini,harta ku,keluargaku dari gangguan jins ,iblis, syetan dan niat jahat manusia,lindungi kami dari segala bala dan musibah dan sejahtera lah hidup kami"
c Baca "Bismillaahirrahmaanirrahiem"
d Istighafar 3 kali
e Selawat kepada Nabi
f Baca Al Fatihah
g Mula lah baca ayatul kursyi wakaf 9 ,seperti tanda wakaf dalam alquran Rasmi Uthmani)
mula membaca ayat kursi dari satu penjuru rumah sebelah kanan ,dan bergerak atau berjalan jalan ke sebelah kiri mengikut arah "tawaf kaabah"ia itu anti clockwise. Bacaannya harus bersambung (tidak putus putus)dan berakhir dipenjuru yang kita mula tadi.
e Apabila selesai tutup lah dengan selawat.

Waktu yang sesuai : satu kali sebelah petang sebelum matahari terbenam dan
Satu kali sebelah pagi selepas subuh sebelum matahari naik

B Perlindungan Diri Sendiri.
Selepas baca ayat kursi tiup di sekeliling diri sendiri mengikut pergerakan tawaf kaabah dengan niat melindungi diri.

Waktu yang sesuai : sebelum melangkah keluar dari rumah atau sebelum tidur

Wednesday, October 21, 2009

Peristiwa Tulisan Al-quran Pada Tubuh Bayi



Peristiwa tulisan al-quran di tubuh bayi berumur 9 bulan berlaku di Dagestan,Rusia.Huruf al-quran tersebut tidak kekal lama dan hilang secara beransur-ansur selepas beberapa hari.Huruf al-quran yang lain akan muncul semula apabila bayi itu menunjukkan tanda-tanda demam pada dirinya,pihak kerajaan telah membuat pemeriksaan tetapi tidak ada jawapan keatas kejadian tersebut. Apakah pengajaran yang kita boleh perolehi dari peristiwa ini? Kalau lah orang bukan islam yang mengatakan "ah ini karut" kita tidak hairan, tetapi masih ada kah orang islam berani menidakkan nya ? Sudah banyak keganjilan berlaku akhir akhir ini,nama ALLAh terpahat dan muncul dimana mana sahaja seperti dalam buah buahan,pada pokok,di ikan,atas langit,pada air ombak,pada gunung dan bermacam macam lagi..mungkin kita pernah mendengar,melihatnya tetapi masih tidak terpahat di otak kita ...apa Allah hendak sampaikan ? ada kah ini satu peringatan atau amaran ?Kalau zaman beribu tahun dahulu diturunkan nabi nabi dan rasul,Allah memusnahkan kaum kaum yang ingkar melalui air bah,ribut taufan,kemarau dan kekeringan,gunung berapi dan gempa bumi , bahawa ,ada kah Allah akan membiarkan kita dengan keadaan kemungkaran selama lama nya. Dia lah ALLAH pencipta seluruh alam ,tetapi manusia terus hanyut.... hanyut didalam kemaksiatan ,perbalahan sesama islam, kesesatan ,kegelapan, dengan kesombongannya seolah olah tiada penghujungnya.

Tuesday, October 20, 2009

Sejadah Bersolat ?


Selepas beberapa peristiwa pelik mengenai sejadah yang mengaji quran di Oman ,berlaku lagi hal sejadah berdiri di Bkt Mertajam ,Pulau Pinang. Selepas itu pada 20 hb Oktober 2009, peristiwa aneh itu berlaku diSekolah Tok Sangkut ,Pasir Mas,Kelantan yang mana 36 helai sejadah yang berdiri sendiri seolah olah sedang bersolat didalam surau . Peristiwa tersebut mengemparkan penduduk dan menimbul banyak tanda tanya ...Apa kata kumpulan paranormal mengenai peristiwa itu?

Khasiat Bunga Cengkih


Apa bila disebut bunga cengkih pasti suri rumah kita mengenalinya sebagai bahan masakan yang tidak boleh dipisahkan dalam ramuan membuat kuih atau masakan. . Terpanggil aku untuk mengkajinya apabila mendapat tahu seorang guru ugama sebuah pondok tersohor di kelantan selalu mengunyah nya sejak berumur 17 tahun lagi dan beliau yang berumur sudah mencecah 90an masih sihat dan masih boleh mengaji al quran dan mengajarnya dengan baik sehingga sekarang. Cara tuan guru tersebut amal ia lah dengan mengunyahnya 10 kuntum bunga setiap hari dan menghisap air nya. Memandangkan bahan ini mudah diperolehi ,murah dan tidak merbahaya apa salahnya kita mencubanya!

Kajian Saintifik Bunga Cengkih.

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese ,bitamin c, bitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalcium dan fiber yang tinggi.Lain lain kandungan ialah B acetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin; crategolic acid; tannins, gallotannic acid, methyl salicylate (painkiller); flavonoids eugenin, kaempferol, rhamnetin, dan eugenitin; triterpenoids like oleanolic acid, stigmasterol dan campesterol; dan sesquiterpenes.[9] . Bunga cengkih ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga "anaesthetic" .

Khasiat Bunga Cengkih.

1 Menguatkan Paru Paru dan sistem pernafasan.

2. Menguatkan jantung

3. Kesihatan Mata

4. Ketahanan Gigi

5. Menguatkan Ingatan

6 Menghilangkan Sakit Gigi

Cara nya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia

7 Menghilangkan rasa mual dan pening

Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih

8 Menghilangkan Bau Mulut

Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali

9 Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Cara nya: Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

10 Radang Hati

Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.

11 Selsema

Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

12 Sembelit

Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

13 Mengelak Semut

Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

14 Zahir Batin - Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.


SELAMAT MENCUBA !

Saturday, October 17, 2009

Gangguan Makhluk Halus


Asal Usul Dan Kehidupan Syaitan .

Syaitan (jin) merupakan makhluk yang diciptakan dari api ,yang hidup di dimensi lain yang manusia tidak boleh nampak. Jika manusia berasal dari adam , jin pula berasal dari keturunan Jaann .Firman Allah SWT " Dan Allah telah ciptakan Jaann daripada nyalaan api yang sangat panas"-Ar Rahman:15. . Jaann(bapa jinn) melahirkan keturunan terdiri daripada jin islam dan jin kafir (syaitan adalah jin kafir). Dimensi atau alam mereka sangat dekat dengan alam kita ,malah mereka mungkin berada dalam rumah kita . Itu ada lah penetapan Allah SWT kepada anak cucu adam di dunia ini. Nabi di anugerah Allah SWT melihat jin kerana itu lah mukjizat nya . Ibn Taimiyah (syaikul islam) berkata " jin dapat menyerupai bentuk binatang seperti ular,kala jengking,unta,sapi ,kambing,kuda,baghal,burung dan anak keturunan adam". Jin dan syetan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Jin/syetan boleh di bunuh oleh manusia apabila menjelma kepada bentuk seperti yang disebutkan,tetapi tidak dengan iblis yang dipanjangkan umur hingga ke hari akhirat. Dalam al quran banyak dibicarakan mengenai jin dan kehidupannya didalam surah Al Jinn (diturunkan di mekah) mengandungi 28 ayat. Jin mempunyai akal.nafsu,berilmu,berkelamin,membiak,makan dan minum dan dipertangungjawab untuk beribadat kepada Allah dan ditegah melakukan kekufuran dan maksiat. Ada kah kita masih hendak menolak kewujudan jin walaupun diterangkan dalam sebahagian al quran.?

Kaum jin merupakan penghuni bumi lebih terdahulu daripada kaum adam. Kerosakan yang di buat oleh jin di muka bumi ini telah menyebabkan Allah SWT mengutus malaikat yang diketuai oleh iblis memerangi mereka dan mengusir mereka dari membuat kemusnahan. Ada lah di percayai perhubungan kaum jin dengan manusia menyebabkan pendedahan berbagai bagai ilmu di antara ilmu seni bina unik terdapat pada piramid,Taman Babylon di Iraq,Masyrakat Dogon di Pulai Mali Barat Afrika dan banyak lagi. Nabi Muhammad pernah menyebut mengenai berbagai jenis jin menerusi sabdanya " Jin terbahagi kepada tiga kelompok.Satu kelompok mempunyai sayap yang membolehkan mereka terbang di udara. Satu pertiga lainnya berbentuk ular dan anjing ,manakala sepertiga lagi boleh bertukar bentuk dari satu bentuk ke bentuk yang lain."(Diriwayatkan oleh Bhaiqi dengan sanad sahih.)


Bagaimana pula dengan hantu ? Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai hantu. Baginda menjawab "Mereka adalah bangsa jin yang ahli sihir" (Hadith ini bersumber dari Jabir r.a di ceritakan oleh Abdullah B Ubaid Bin Umair). Di dunia nusantara terutamanya bangsa melayu, terdapat beberapa jenis hantu diantaranya hantu raya, hantu bungkus, hantu pari, hantu tanglung, hantu jerongkong, hantu air,pelesit)polong),pontianak,langsuir,toyol dll. Bagaimana pula dengan Alien atau UFO? Ada lah dipercayai ada diantara kaum jin ini dapat menembusi dimensi manusia dan apabila ini berlaku masyarakat kita yang pernah nampak mereka menganggap nya itu sebagai UFO dan percayai makhluk ini dari planet lain,walhal mereka ini ada lah spesies jin yang hidup dibumi sendiri yang menjadi penghuni planet ini. Berapa ramai kah golongan jin ? Rasulullah SAW bersabda "sesungguhnya Allah menciptakan malaikat,jin, dan manusia itu 10 bahagian.Kadar keramaian malaikat ada lah 9 bahagian ,sedang jin dan manusia itu hanya satu bahagian. Kemudian dari satu bahagian itu dipecahkan pula kepada 10 bahagian kecil. Sembilan bahagian dapadanya ada lah bilangan jin manakal hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia. " Jadi boleh dirumuskan malaikat 90,jin 9 dan manusia 1. Tidak kah angka ini mengerunkan kerana seolah oleh mereka ini berada di mana mana sahaja.

Gangguan dan penyakit disebabkan makhluk halus.

Masyarakat moden ada yang masih tidak mempercayai wujudnya mahkluk halus. Ada yang terlalu mempercayai nya sehingga meninggalkan kesan psikologi yang tidak baik keatasnya. Tetapi al quran sudah mengesahkan kewujudan mereka dan kemusnahan yang mereka dapat lakukan ke atas manusia. Jika kita mengkaji sedalam dalamnya hadis dan alquran ,ternyata sekali musuh manusia ada lah syetan ,jin dan iblis yang di laknati Allah. Mereka mempengaruhi setiap sudut kehidupan kita dan berada didalam tubuh kita melalui perjalanan darah yang mengalir. Mereka menghasut kita untuk melakukan zina, menipu dalam peniagaan,menghasut kita supaya berlaku perbalahan, mengabaikan amal ibadat,melakukan syirik, makan dan minum dari sumber haram dan lain lain lagi. Tahu kah anda penyakit darah tinggi juga dipengaruhi oleh makhluk halus bernama "ummi mildam" yang mengalir dalam darah manusia itu ! Penyakit angin ahmar (stroke) juga dipengaruhi oleh mereka dan rasullulah mengajar dengan doa untuk menghindar penyakit anging ahmar ini ,yang boleh menyebabkan lumpuh dan hilang upaya. Sebab itu lah kita diajar setiap masa memohon berlindung dengan Allah dari syetan yang direjam dan menjalani lah kehidupan kita dengan cara yang diajar oleh Rasulullah SAW.


BERIKUT ADA LAH TANDA TANDA GANGGUAN JIN KEPADA MANUSIA.

A.TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.

1. Sukar tidur malam
2. Gelisah dan sering terbangun pada waktu malam
3. Mimpi buruk, iaitu mimpi melihat sesuatu yang
membahayakan lalu ingin berteriak meminta pertolongan
tetapi lidahnya seakan-akan kelu
4. Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti kucing,
anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
5. Tertawa, menangis atau berteriak pada saat tidur
6. Bunyi gigi geraham beradau pada saat tidur
7. Merintih dan meratap pada saat tidur
8. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa
kesedaran
9. Mimpi seolah-olah akan terjatuh dari tempat tinggi
10.Mimpi berada di kuburan, tempat pembuangan sampah atau
dijalan yang mengerikan
11. Mimpi melihat orang aneh seperti terlalu tinggi,
terlalu pendek atau terlalu hitam
12. Mimpi melihat hantu


B. TANDA-TANDA DIWAKTU JAGA.

1. Selalu pening yang tidak disebabkan oleh faktor-faktor
anggota badan
2. Selalu lalai dari zikir dan mengingati ALLAH
3. Fikiran kacau dan tidak menentu
4. Badan lemah dan tidak bertenaga
5.
Saraf terganggu
6. Rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh
yang tidak dapt di kesan oleh Doktor
7. Berlaku rasukkan yang tanpa sedar

PETUA BERGUNA BAGI MENGELAK GANGGUAN JIN ATAU MAKHLUK HALUS MENGIKUT JENIS JENISNYA.


Terdapat beberapa jenis hantu yang wujud dikalangan masyarakat melayu diantaranya  ;
Hala  - ini ada lah jelmaan "harimau" besar yang saiznya lebih besar dari empat ekor lembu. Hala ini bengis dan perlu dilihat dengan kaedah kebatinan.
Hantu Raya -  Jelmaan hantu raya selalunya merupa susuk tubuh lelaki namum bersaiz besar dan tinggi  yang luar biasa. Hantu raya paling takut kepada buluh tajam atau pun buluh terbelah,tidak kira apa jua buluh pun.Untuk mengelak gangguannya ialah dengan membuat pengapit seperti gunting dan letakkan pada tempat yangb menjadi laluan dirumah seperti muka pintu.  
Anak Kerak - menjelma berupa seekor beruk. Untuk menghindar gangguan anak kerak ini lakukan dengan meletakkan bawang merah yang dicucuk dengan lidi.Letakkan di muka pintu atau laluan nay masuk ke dalam rumah,insyaAllah ia tidak akan masuk lagi.
Pelesit -  makhluk ini biasanya terbang, untuk menghindarnya guna "paku" panjang terutamanya yang berkarat atau "lidi" kelapa.
Toyol -  makhluk ini biasanya kecil sama besar dengan bayi baru lahir tetapi rupa menakutkan .Makhluk ini juga takut pada "lidi" , bagi mengelak gangguannya  letakkan lidi pada tempat yang mungkin menjadi laluannya. Toyol ini dikatakan tidak takut pada al quran sebab itu terjadi juga kejadian kehilangan wang walaupun disimpan pada celah al quran. Selain lidi ,"jarum" peniti boleh digunakan.
  
 "TANAH LIAT" - KHASIATNYA DALAM PERUBATAN ALTERNATIF.

Manusia berasal  dari tanah .dan ke tanah lah ia dikembalikan . Berasalkan ilmu bangkit asal usul manusia ,perubatan mengunakan tanah telah digunakan sejak Zaman berzaman dahulu. Kalau ilmu perubatan mioden menguna tanah , arang untuk membuang toksin dalam perut dan usus ,tanah liat juga diguna dalam  perubatan alternatif . Dalam saat saat kecemasan (tidak terdapat penawar terdekat) tanah liat boleh dimakan jika anda termakan benda toksik sama ada disebabkan racun atau santau. Jika anda terkena gigitan ular ia boleh   disapu  pada luka tersebut sebelum merawat dengan kaedah moden.(Anda dinasihatkan jangan menguna tanah kubur kerana ia di anggap mati dan tida khasiat.  

MENGELAK DARI "ILMU PUKAU".

Kejadian merompak menguna pukau sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Pukau ini biasanya dibuat dengan menguna perantaraan jin atau makhluk halus. Salah satu cara untuk menghindar pukau dirumah ialah dengan menyandar penyapu lidi pada belakang pintu.

IKHTIAR SENDIRI TERAPI MP3(BACAAN AYAT QURAN RUQYAH)..

SILA KLIK DISINI .....
http://makhlukhalusterapi.blogspot.com/

ANDA DINASIHAT MERUJUK KEPADA ARTIKEL BERAMAL DGN AL MATHURAT DAN MEMOHON PERLINDUNGAN DGN ALLAH DENGAN AYATUL KURSYI....

Friday, October 9, 2009

Beramal lah Dengan "Al Mathurat"

Terpanggil aku untuk mengajak anda untuk sama sama beramal dengan kitab kecil "Al Mathurat". Kata para ulama ,bacaan al quran harus dibacakan setiap hari di rumah, agar rumah kita tidak sunyi seperti kuburan. Tentu kita tidak mahu rumah kita gelap gelita seperti kuburan kan?. Tiada cahaya . tiada sinar dan tiada aura . Maka bergembira lah syaitan yang memang suka kediaman sebegini. Dalam solat memang agak susah nak khusyuk dan hadir hati . Orang orang sufi menganggap solat itu tidak sah jika tidak hadir hati,tapi ikut syariat sahaja ,selamat lah lagi kita kali ini. Selalunya dalam solat ,kita cepat cepat nak habis , bermacam macam melintas di hati,hal kerja,bisnes, saham, kekasih,exam dan macam macam lagi. Selepas solat ,kadang kadang kita mencari cari apa wirid yang harus dibaca , kalau boleh wirid yang cepat habis .....nak sambung kerja,ada temu janji ...itu lah jadual kita seharian, semuanya nak segera dan ringkas.

Kata orang orang alim ,baca wirid yang sedikit pun tak apa, asalkan amalan itu istiqomah di hati kita , jangan tinggalkan dalam tempoh 40 hari beramal ,agar kita sayang kepada nya dan teringat jika tingalkannya. Sudah lama ku perhatikan ,budak budak sekolah agama Maahad Muhamadi menjadikan al Mathurat sebagai amalan harian, dan mereka cemerlang dalam pelajaran , ada kah itu penyebab nya... keberkatan ayat ayat dan doa doanya dapat mengeluarkan getaran yang boleh memantap jiwa mereka , Walaupun kitab Al Mathurat ini kecil, ia mempunyai pakej lengkap, ini lah hasil penyusunan ulama As Syahid Hassan Al Banna ulama yang tersohor. AL Mathurat mengandungi wirid, doa,zikir,istighfar dan selawat Ia merupakan amalan harian Rasulullah SAW dan beliau telah meninggalkan kita dengan khazanah yang sangat berharga agar kita umatnya dapat mengamalkannya, hanya baginda Rasulullah sahaja yang tahu betapa besarnya ganjaran bagi orang yang beramal dengannya.
Di antara fadilat fadilatnya ,insyaAllah dapat memantapkan jiwa kita ,perlindungan, menguatkan akidah , kesihatan jasmani dan rohani dan yang penting ia merupakan senjata orang mukmin.

Di antara Surah surah dalam Al Mathurat :-

1 Al fatihah,
2 Al baqarah ayat 1-5,
3 Al kursyi,
4 Al Baqarah ayat 256,257,
5 Al Baqarah 284-286,
6 Al Imran ayat 1-2,
7 Imran ayat 1-2
8 Thaha ayat 111-112,
9 At Taubah ayat 129,
10 Al Isra' ayuat 110-111,
11 Mukminun ayat 115 -118
12 Ar Rum yat 17-26
13 Mukmin ayat 1-3
14 Al Hasyr ayat 22-24
15 Az Zalzalah
16 Al Kafirun
17 An Nasr
18 Al Ikhlas
19 Al Falaq
20 An Nas

Kitab ini mempunyai doa doa yang mengasuh jiwa kita untuk :-
- selalu memuji Allah,
- membuat pengakuan teguh pendirian dalam islam,
- sentiasa mensyukuri nikmatnya,
- kita berikrar ( Allah sebagai tuhan kita,islam sebagai ugama kita,muhammad ada lah nabi dan rasul kita),
- bertasbih kepada Allah,
- meninggikan asma ,
- doa terhindar dari syirik
- doa memohon berlindung dari kejahatan makhluk,
- doa terhindar dari cengkaman hutang
- doa dilimpahkan kesihatan
- doa terhindar dari kemiskinan,
- doa keampunan
- doa istighfar ,pujian mohon taubat
- selawat kepada nabiMuhammad SAW,
- pengakuan kekuasaan Allah
- Doa Rabitah

Kitab ini perlu di amalkan pagi (di antara subuh hingga 12 thari dan petang (di antara ashar hingga isyak). Al Mathurat ada dua jenis , ia itu KUBRA dan SUGRA. Pakej kubra mempunyai ayat ayat lengkap dan boleh dibaca bagi orang yang mempunyai masa panjang. Manakala Sugra pakejnya lebih ringkas sesuai bagi orang yang sibuk. Cari lah kitab itu di kedai kedai buku agama dan moga - moga kita mendapat ganjaran di dunia dan akhirat nanti, InsyaAllah.




Thursday, October 8, 2009

Ada Kah Kemusnahan Manusia Semakin Hampir ?Secebis Nasihat Untuk Renungan




Generasi akhir zaman ini sedang berhadapan dengan petanda petanda awal kiamat. Kita sedang menyaksikan dunia dan alam semesta dengan bencana alam yang datang silih berganti. Maka mengkaji lah mereka dengan ilmu sains dan alat yang canggih , namun alam tetap dengan cara nya..balasan setimpal kepada manusia yang tidak tahu menghargai kewujudannya. Dunia setiap detik menyaksikan kemusnahan generasi masa kini akibat gejala dadah,penderhakaan kepada ibubapa (ibu bapa bertuan kan anak nya) pergaulan sosial yang bebas yang tidak mengenal batasnya, kaum hawa yang suka mendedahkan aurat nya, kejadian murtad yang banyak tersembunyi, perhubungan sonsang (lesbian dan gay) yang sudah pun berani melebelkan diri mereka dengan nyata. Ada kah kaum kaum zaman nabi LUT sudah kembali semula untuk menemui kemusnahannya oleh Allah swt!.


Kita juga sedih menyaksikan semakin ramai ulama ulama dan cendiakawan islam tidak lagi sanggup menegur kemungkaran berlaku di hadapan mereka ,mereka bertengkar hanya kerana isu yang remeh temeh . Ada kah zaman masa kini kita masih boleh melahirkan ulama yang bertakwa ,berkat dan sanggup menyambung perjuangan Rasullulah s.a.w dengan erti kata yang sebenarnya?

Kita juga sungguh sedih apabila melihat faktor keruntuhan umat islam masa kini disebabkan perbalahan dan perpecahan , ada kah ini dipanggil perjuangan ? Persengketaan diantara umat islam seolah olah tidak akan berakhir. Alangkah sukanya sang iblis menyaksikan keadaan kita sekarang. Ada kah Allah swt akan memberi bantuan dari langit untuk melawan musuh musuh islam dalam keadaan orang islam yang tidak bersatu ?

Mari lah sama sama kita perkasakan diri kita dan keluarga dengan kehidupan yang sejahtera dan diberkati oleh Allah. Marilah kita perkasakan roh roh kita dengan memperbanyakan solat, doa dan amalan amalan sunnah. Mari lah kita jaga tubuh kita melalui riadah dan senaman dan pemakanan yang suci dan berkhasiat . Marilah kita sama sama menjaga ukhwah sesama islam , hindarkan pemikiran taksub dan fanatik kerana itu akan melahirkan insan yang berdendam dan ria. Perkayakan lah institusi keluarga kita dan berilah anak kita dengan ilmu yang bermanfaat ,didik lah anak kita supaya supaya mereka cintakan ilmu , menjadi ahli profesional yang bertakwa, peniaga dan usahawan yang jujur dan bertakwa dan pendakwah yang takut kepada seksaan Allah swt.


Berwaspada lah Dengan Apa Yang Kita Makan.


Berwaspada lah dengan apa yang kita makan!

Ketahui lah musuh musuh islam telah cuba bermacam cara untuk melemahkan ummah. Musuh musuh islam begitu takut dengan doa orang orang mukmin ,kerana itu merupakan senjata yang bolih memusnahkan mereka. Mereka telah berjaya memecah belahkan kita melalui politik dan pemerintahan, merosakkan akhlak melalui muzik dan budaya mereka,dadah dan arak dan mengelapkan hati kita melalui makanan . Saya sungguh sedih dan simpati apa bila melihat orang kita tidak lagi kisah apa yang mereka makan.Apa tah lagi jika dapat makan 'free' lagi tidak kisah. Jangan kita marah kan anak kita jika mereka keras hati ,kerana faktor pemakanan haram atau subahat adalah angkara nya. Berwaspada lah kita dengan makanan sembelihan seperti ayam,ekor lembu ,bahan bahan daging yang melambak di gpasaran kita. Jangan terkejut jika kita dapati ayam daging pun bolih disembelih olih orang bukan islam dan dijual meluas dipasar pasar dan supermarket.Jangan terkejut jika saudara ketahui hidangan sup ekor lembu yang sedap sebahagian besarnya di seludup melalui sempadan dan di perolehi dari sumber yang meragukan. Kita juga perlu berwaspada dengan bahan bahan arak yang dimasukkan dalam kek dan cokolat. Dan yang amat menyedihkan air mineral yang nampak bersih dan berkhasiat di cemari dengan "holy water"! Betapa ramai agak nya saudara kita yang gelap hati menjadi murtad dan berpisah dengan keluarga ......itu kerana kita tidak lagi kisah dengan apa yang berlaku!

Resipi Hidup Sihat Dan Tenang

TEKANAN JIWA ,kemurungan ,bipolar ,shizophrenia merupakan satu lagi penyakit mengancam manusia akhir zaman sebaris atau mengatasi penyakit barah,jantung, kencing manis ,hipertensi . Malang nya penyakit ini kurang diambil perhatian dan sering di ambil mudah dan pesakit mengabaikan rawatan sehingga menyebabkan keruntuhan institusi keluarga ,keselamatan orang awam tergugat dan juga pesakit boleh berakhir dengan kematian akibat bunuh diri atau komplikasi yang lain. Bagi meningkatkan kesihatan mental tanpa penggunaan ubat ubatan tanpa dadah ,gabungan beberapa kaedah boleh di ikuti untuk menyingkirkan perasaan tidak menentu dan meningkatkan semangat diri seperti :-

SENAMAN YANG MENYIHATKAN
Senaman berterusan atau senaman selama setengah jam lima kali seminggu memudahkan seseorang menyesuaikan diri dengan tekanan serta meningkatkan pembebasan hormon seperti noradrenalin,serotonin,beta endorfin dan dopamin yang membantu meningkatkan perasaan yang baik. Senaman seperti jogging, berjalan pantas,mengayuh basikal,senaman pernafasan,senamrobik di antara senaman ringan sesuai untuk semua peringkat umur.

KETAWA

Ketawa boleh meningkatkan pembebasan endorfin ia itu sejenis bahan yang memberi rasa kesejahteraan di dalam otak. Ketawa dan kegembiraan boleh meningkat fungsi ketahanan tubuh terutama dari segi pengeluaran sel pembunuh semula jadi yang mempertahan kan tubuh daripada penyakit.

SENTUHAN MANUSIA
Sentuhan manusia juga boleh meningkatkan pengeluiaran endorfin dan hormon pertumbuhan yang boleh mengurangkan kesan negatif akibat tekanan.Berikan pelukan untuk yang tersayang kerana ia boleh meningkatkan semangat dirinya.

BERNAFAS DENGAN BETUL
Bernafas dengan betul memang boleh menyingkir toksin dan sisa dari tubuh.Di anggarkan sebanyak 30% toksin dalam tubuh di singkirkan menerusi usus dan pundi air kencing ,selebih nya melalui pernafasan.Bernafas dengan betul boleh menenangkan minda,meningkatkan tenaga dan memperbaiki semangat diri.

BAU BAUAN
Bau bauan mempunyai kesan terhadap tubuh dan minda.Apabila saraf didalam hidung terangsang ,ia akan merangsang suatu sistem di dalam otak yang dikaitakan dengan otak yang dikaitkan dengan perasaan dan daya ingatan. Konsep ini memainkan peranan penting dalam aromaterapi yang menggunakan kuasa pemulihan dari tumbuhan yang memiliki bau bauan kuat.Aromaterapi turut menyarankan rawatan kemurungan menggunakan tumbuhan seperti bunga melur,eucalyptus dan limau gedang untuk membantu meningkatkan kepekaan serta kegembiraan.

POKOK BUNGA BUNGAAN
Bungaan yang berwarna warna warni mempunyai pengaruh yang kuat bukan sahaja terhadap perasaan dan semangat sesorang,malah boleh membantu melawan tekanan.Kajian menunjukkan sesorang yang bekerja bersebelahan bungaan lebih relaks dan menenangkan.

PENGAMBILAN MAKANAN BERASASKAN MAKANAN IKAN DAN SUSU
Sajian berasaskan hidupan laut seperti ikan salmon,gamat emas dan sebagainya mengandungi dua jenis asid lemak omega3 EPA dan DHA. DHA yang tinggi membantu merangsang otak meningkatkan pengeluaran serotonin dan dopomin itu bahan kimia otak penting untuk ketenangan.Mereka yang kurang menikmati sajian ikan mudah terdedah kepada kegelisahan,mudah marah dan masalah murung.
Susu ,dadih,keju ,telur,pisang dan kekacang baik untuk minda kerana ia kaya dengan trytophan sejenis asid amino diperlukan untuk pengeluaran serotonin yang merangsang perasaan seseorang.Oleh tubuh manusia tidak boleh mengeluarkan trytophan dengan sendirinya ia harus diperolehi dari sumber tersebut yang kaya dengan amino asid.

TIDUR SECUKUPNYA
Mereka yang mengalami gangguan tidur mempunyai kecederungan untuk mengalami kemurungan lima kali ganda berbanding dengan mereka yang tidur lena.Tidur lah dengan secukupnya untuk mendapatkan ketenangan

KEKURANGAN CAHAYA MATAHARI
Kekurangan cahaya matahari boleh mengakibatkan kekurangan bitamin D. Mereka yang mengalami kemurungan biasanya mempunyai kekurangan bitamin D yang lebih rendah sebanyak 14 %.

MENDENGAR BACAAN AL QURAN .
Kajian menunjukkan mendengar dan membaca alquran selama sejam sehari selama seminggu juga antara terapi boleh membantu mengurangkan kemurungan sehingga 25 %. Mendengan muzik yang sesuai yang boleh mendamikan jiwa dari sumber bunyi bunyian alam semula jadi juga berkesan untuk mendamaikan jiwa.

TERAPI MENGGUNAKAN "MEDAN ELEKTROSTATIK"
Rawatan menggunakan rawatan medan elektrostatik pada asasnya mengguna getaran elektrik. Terapi ini selamat digunakan dan boleh membantu membersihkan darah,menyelaras sistem saraf,merawat sel sel badan dan mempertingkatkan proses pengantian sel sel yang telah rosak.

Search This Blog