Monday, June 6, 2011

Cara Meningkatkan keupayaan otak dan Makanan Untuk Otak

Kita sepatut ambil tahu bagaimana otak kita berfungsi!
Otak manusia berfungsi seperti sebuah komputer dengan proses input, penyimpanan dan mendapatkan semula tetapi ia lebih kompleks. Jika individu ingin menghafaz al quran .mengingati gambar atau wajah manusia,dia perlu melihat bagi menerima data. Data data dari mata akan disimpan di korteks oksipital dan korteks posterior temporal di bahagian belakang otak untuk interpretasi .Jika ingin mengingati kata kata atau lagu,maklumat yang dapat dari telinga  bergerak ke pangkal otak dan berakhir di neokorteks lateral temporal untuk interpretasi. Jika ingin menonton filem pula,kedua dua aliran akan berfungsi. Selepas maklumat ditafsir dan kita memahami nya,ia akan disimpan kedalam pusat memori yang dipanggil hipokampus. Apbila seseorang itu mahu mengunakan maklumat yang disimpan,arah aliran bergantung kepada cara yang diguna untuk mengingat.   Jika seseorang ingin menulis ayat ayat yang di ingati ,aliran memori akan bergerak dari hipokampus ke korteks motor yang terletak di lubas frontal supaya tangan dapat digerakkan ulasnya. Secara saintifik manusia mampu meningkatkan memori dan meningat lebih banyak fakta kerana setiap maklumat dsimpan dengan sambungan baru antara sesl sel otak.


Ingatlah , Kita boleh menjadi seorang yang bijak walau pun ibubapa kita tidak golongan bijak !
Kita perlu ada keinginan yang kuat untuk mengingat selain faktor genetik.Terdapat pelbagai cara yang boleh meningkatkan daya memori seseorang.Jka kita sentiasa menggunakan maklumat yang disimpan dihipokampus 
 untuk disampaikan kepada orang lain, lama kelamaan ia akan menjadi lebih mudah untuk dikeluarkan apabila perlu. (beginilah cara pensyarah -selalu mengunak maklumat utk mengajar).


Bagaimana Hendak Meningkat Daya Ingatan?
 Manusia biasa hanay mengunkan 10 % daripada otak dan ia bersifat keplastikan neuronal. Otak perlu kerap dilatih ,dengan cara itu mungkin mampu meningkat dua kali ganda daripada biasa. Ada setengah orang berjaya meningkatkan daya ingatan dengan cara TEKNIK MNEMONIK mengunakan perkataan  atau nama untuk mengingati sesuatu maklumat. Contohnya untuk mengingati warna warna pelangi,huruf pertama setiap awalan perkataan dibina menjadi satu kisah ringkas.  Contoh lain pula ;Misalnya siswa harus mengingat 10 kata kunci berikut: Rusia, Amerika, Gajah, Pelawak, Api, Taj Mahal, Mesir, Hitam, Matahari, Laut (diadopsi dari Kapadia, 2003:56-57 dengan penyesuaian). Kata-kata itu kemudian dikaitkan dengan teknik mnemonic.
Contoh kaitan mnemonic: Rusia berperang melawan Amerika dan mengubah Amerika menjadi seekor gajah. Gajah itu dinaiki seorangpelawak yang pergi ke Indonesia untuk menonton API (Akademi Pelawak TPI). Pelawak itu kemudian mengajak peserta API ke India untuk menyaksikan Taj Mahal. Dari India, mereka melanjutkan perjalanan keMesir untuk menyaksikan piramida. Di Mesir, mereka bertemu orang-orang yang berkulit hitam. Mereka heran dan bertanya mengapa orang-orang itu berkulit hitam, yang dijawab bahwa mereka terbakar matahari.Mendengan jawaban itu mereka kaget dan jatuh ke laut.
Faktor Pemakanan.
Corak pemakanann yang betul sejak peringkat peringkat kandungan lagi memain peranan penting membentuk keupayaan mental seseorang. Amalan pemakanan untuk menguatkan memori perli diamalkan sepanjang hayat.  Pemakanan seperti berikut patut diamalkan seperti ;
Makanan yang mengandungi PIGMEN ANTOSIANIN
*anggur 
*beri
*kobis ungu
*epal merah
* terung
 Pemakanan yang mengandungi  bahan aktif KUARCETIN 
*bawang merah
*brokoli
*anggur hitam
*aprikot
*tomato ceri
Ikan yang mengandungi asid amino omega 3 tinggi
* tuna
*Tenggiri
* Makeral (kembung)
Kekacang Yang mengandungi asid folik.
ASID FOLIK dan kumpulan BITAMIN  B(B1,B3,B6,B12) juga dapat membantu mempercepatkan pemprosesan maklumat dan proses mengingat.
*kacang pis
*oren
*bijiran sarapanma. 


Anda juga mungkin berminat untuk melayari ke laman ini : 
http://www.theswitch.com.my/front-page
http://web.usm.my/education/kaunseling/tips/StrategiMenghadapiPeperiksaan

Search This Blog