Friday, May 6, 2011

Kisah Pelajar UIA di Uji Dgn Penderitaan

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama... Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Mengenali Insan Bernama Syamimi.
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi . Kisah ini berlaku pada hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006 kepada seorang insan bernama syamimi yg dipilih oleh ayah beliau yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Penderitaan Yang DiAlami Syamimi .
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2 an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah. Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. 

Detik Detik Berjumpa dengan Rasullulah s.a.w.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam..Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.   Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. 

Syamimi Sakit Lagi Dan Keajaiban Berlaku Pada Dirinya.
Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Sudah solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.   

Syamimi Pulih Seperti Sedia Kala 
 Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."  

Iktibat Dari Pengalaman Syamimi .
Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu.   Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56) p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)
_

Wednesday, May 4, 2011

Megapa Bangsa Yahudi Lebih Maju?

Megapa Bangsa Yahudi Lebih Maju?

WHY JEWS SUCCEED AND MUSLIM COUNTRIES ARE FAR BEHIND IN THIS DEVELOPED WORLD?

This facts extract from  speech by   Hafez A.B Mohamed,  Director-General, Al Baraka Bank, South Africa
 
Demographics
   
World Jewish Population - 14 million 
7 m in America
5 m in Asia 
2 m in Europe 
100 thousand in Africa 

World Muslim Population:  1,500 million 
 I, 000 million in Asia/Mid-East 

400 M in Africa 
44 M in Europe 
 6 M in the Americas 
  Every fifth human being is a Muslim. 
 20% 
 For every single Hindu there are two Muslims 
 1 : 2 
  For every Buddhist there are two Muslims 
 1 : 2 
  For every Jew there are 107 Muslims 
1 : 107 
 
Yet the 14 million Jews are more powerful than  the  entire  1,500 million  Muslims  Why? 
 Here are some of the reasons. 
 Jews are movers of Current History 
    
Albert Einstein  -  Jewish 
    
Sigmund Freud -  Jewish 
    
Karl Marx -          Jewish 
    Paul Samuelson -  Jewish 
   
Milton Friedman -  Jewish 

b  
Medical Milestones 
    Vaccinating Needle  -  Benjamin Ruben  > Jewish 
     Polio Vaccine  > 
Jonas Salk  > Jewish 
     Leukaemia Drug > Gertrude Elion  > Jewish 
     Hepatitis B  > 
Baruch Blumberg  > Jewish 
     Syphilis Drug > 
Paul Ehrlich  > Jewish 
     Neuro muscular > Elie Metchnikoff  > Jewish 
     Endocrinology  > 
Andrew Schally > Jewish 
     Cognitive therapy  >  Aaron Beck  > Jewish 
     Contraceptive Pill > Gregory Pincus  >  Jewish 
     Understanding of Human Eye  > G. Wald  > Jewish 
     Embryology  > 
Stanley Cohen  > Jewish 
     Kidney Dialysis  > Willem Kloffcame  > Jewish 
 
  
Nobel Prize Winners Facts -  in the past 105 years, 14 million Jews have won  180  Nobel prizes , whilst 1.5 billion Muslims have contributed only   3   Nobel , winners (all  Egyptians) 

Inventions that changed History 
   Micro- Processing Chip. -   Stanley Mezor  >  Jewish 
   Nuclear Chain Reactor  > Leo Sziland   > Jewish 
   Optical Fibre Cable   > Peter Schultz  > Jewish 
   Traffic Lights  >  Charles Adler  > Jewish 
   Stainless Steel  > Benno Strauss  > Jewish 
   Sound Movies  > Isador Kisee   > Jewish 
   Telephone Microphone  > Emile Berliner >  Jewish
   Video Tape Recorder  >  Charles Ginsburg  > Jewish 

 Influential Global Business 
    Polo  > Ralph Lauren   > Jewish 
    Coca Cola  >  Jewish 
    Levi's Jeans  > Levi Strauss  > Jewish 
    Sawbuck's > Howard Schultz  > Jewish 
    
Google  > Sergey Brin  > Jewish 
    Dell Computers  > 
Michael Dell  > Jewish 
    Oracle  > 
Larry Ellison  > Jewish 
    DKNY > Donna Karan > Jewish 
   Baskin & Robbins > Irv Robbins  > Jewish 
   Dunkin Donuts  > Bill Rosenberg  > Jewish 
 
F  Influential Intellectuals/Politicians 
    Henry Kissinger > US Sec of State  > Jewish 
    Richard Levin > President Yale University  > Jewish 
    Alan Greenspan > US Federal Reserve  > Jewish 
   
Joseph Lieberman  > Jewish
   Madeleine Albright >  US Sec of State  > Jewish
   CasperWeinberger  > US Sec of Defence  > Jewish 
   
Maxim Litvinov  > USSR Foreign Minister  > Jewish 
   David Marshal > Singapore Chief Minister   > Jewish 
   Isaacs Isaacs  > Gov-Gen Australia  > Jewish 
   
Benjamin Disraeli  > British Statesman > Jewish 
  Yevgeny Primakov  > Russian PM > Jewish 
  
Barry Goldwater > US Politician  > Jewish 
  Jorge Sampaio  > President Portugal  > Jewish 
   Herb Gray  >  Canadian Deputy – PM  > Jewish 
  Pierre Mendes  > French PM  > Jewish 
  Michael Howard  > British Home Sec.  > Jewish 
 Bruno Kriesky > Austrian Chancellor  > Jewish 
 Robert Rubin  > US Sec of Treasury > Jewish 

Global Media Influential
Wolf Blitzer  > CNN > Jewish 
Barbara Walters > 
ABC News > Jewish 
Eugene Meyer > Washington Post > Jewish 
Henry Grunwald > Time Magazine >Jewish 
Katherine Graham Washington Post  > Jewish 
Joseph Lelyeld > New York Times  > Jewish 
Max Frankel > New York Times > Jewish 

Global Philanthropists 
 George Soros  > Jewish 
 
Walter Annenberg > Jewish 
  
Why are they powerful?  So why are Muslims powerless? Here's another  reason.

Q 1 We  have lost the  capacity to produce knowledge.  In the entire Muslim World (57 Muslim countries) there are only 500  universities.  In USA alone, 5,758 universities , In India alone, 8,407 universities ,  Not one university in the entire Islamic  World features in the Top  500 Ranking Universities of the World .

Q2 
Literacy in the Christian World  90% 
     Literacy in the Muslim World   40% 
     15 Christian majority-countries, literacy rate  100% 
     Muslim majority - countries ,  None 
     98% in Christian countries completed primary , Only 50% in Muslim countries completed
    primary. 
    40% in Christian countries attended  university In Muslim countries a dismal 2% attended. 

Q3 Scientist
    Muslim majority countries have 230 scientists  per one  million Muslims
    The USA has 5000 per million ,  The Christian world 1000 technicians per
    million.  Entire 
Arab World only 50 technicians per  million. 
    Muslim World spends on research/development > 0.2% of GDP 
   Christian World spends 5 % of GDP 
   Conclusion. 
   
The Muslim World lacks the capacity to produce  knowledge.

Q4 Difussing Knowledge
   Another way of testing the degree of knowledge is  the  degree of  diffusing knowledge. 
Pakistan 23 daily newspapers per  1000 citizens 
Singapore 460 per 1000 citizens. 
In UK book titles per million is 2000 
In Egypt book titles per million is only 17 
Conclusion. 
 Muslim World is failing to diffuse knowledge  .

Q5  Applying Knowledge is another such test. 
 Exports of high tech products
from   Pakistan is 0.9% of  its  exports.. 
 In Saudi Arabia is 0.2% 
 Kuwait , Morocco and 
Algeria 0.3% 
 Singapore alone is 68% 
 
Conclusion : Muslim World is failing to apply knowledge. 
What do you conclude? 
no need to tell ...... the figures are speaking  themselves  very loudly. We are unable to listen 
My Advice: 
 Please educate yourself and your children. always
promote  education,  don't compromise on it, don't ignore your , children's slightest misguidance from education (and please, for  God's  Sake,  don't use your personal contacts or sources to promote your  children  in their education; if they fail, let them and make them learn  to pass; b/c if
 they can't do it now, they can't ever).  We are World's biggest and strongest nation,  all we
 need is to identify  and explore our ownselves. Our victory is with our  knowledge, our  creativity, our literacy...And nothing else.   Please Muslims....Wake up... Its not too late  !

Tuesday, May 3, 2011

Kekayaan Hati Versus Kekayaan Harta

Kita melihat bukan sedikit manusia menghabis sisa sisa hidupnya dgn hanya mencari KEKAYAAN DUNIA , tapi hanya sedikit sahaja mencari kekayaan HATI. Mereka pun tahu hidup hanya mencari kekayaan  harta dan wang ringgit itu benda tidak kekal ,boleh hilang sekelip mata jika dilanda bencana, boleh berkurangan jika diambil orang, boleh bertukar tangan jika dia meninggal dunia , apa tah lagi kekayaan itu diperolehi dgn cara yg tidak reda, segala kekayaan itu membiak seumpama virus dan kuman yg harus dijawab dihadapan Allah kelak,...cara mana memperolehi harta itu,kemana dibelanjakan ?.  Apa guna semua itu jika  ia akan berakhir dgn kesusahan semasa di alam  barzakh  dan kesusahan pada ahli keluarga yg masih hidup. Mereka yang hidupnya hanya mencari kekayaan dunia ini akan meninggalkan dunia ini dengan rohani yg miskin, apabila mengadap sang penciptanya. Segala yg mereka tinggal itu yang diusahakan sejak 50 tahun dahulu akan dibahagikan bahagikan oleh ahli keluarga dan ada yg berpecahah belah kerana sifat dengki ,sifat tamak dan haloba. Semasa hidupnya Si pejuang  harta kekayaan dunia ini  mereka rasa gelisah dan takut harta itu berkurangan dan sentiasa berusaha mengandakn nya dgn apa jua cara pun. Mereka sirami hidup ahli keluarga dgn kemewahan dunia tapi tidak dengan kerohanian, akibatnya, jadilah ahli keluarga yg cinta dunia . Mereka akan disanjung,mereka memperolehi ramai kenalan ,mereka hidup penuh dengan 'glamour'. Mereka rasakan segala yang mereka dapat itu ada lah kerana daya usaha dn titik peluhnya ,sehingga mereka tidak merasa apa yg mereka perolehi itu ada lah pemberian Allah yang maha pemurah dan penyayang, berkat doa ibubapa mereka yang pernah doakan sejak kechil lagi untuk sianak itu. 
      Sebenarnya kekayaan yg sebenarnya ia lah  KEKAYAAN HATI  kekayaan abadi .Ia tidak musnah oleh kematian dan tidak musnah oleh orang yg hasad dengki. Orang yang kaya hati mereka sentiasa redha  dan bersyukur walaupun tinggal dirumah usang,walaupun menjamah nasi dengan berlauk kan ikan yang ditangkap ditepi bendang ,hidup mereka sederhana ,kadang kadang susah tapi masih tenang dan reda dengan pemberian Allah yang sedikit. Mereka ini orang yg selalu sabar, amat mudah memberi ,mereka tenang dan lapang dimana sahaja dia berada. Orang yg memiliki kekayaan hati ,baru melihat wajahnya sahaja kita merasa lega dan tenang ,bila bercakap dgn nya terasa disiram dgn air yg dingin. Orang yg memilki kekayaan hati ini seoleh oleh diberi sebuah lampu yg sangat terang cahayanya sehingga dia dapat menerangi hati orang lain pula. Ada kah hidup anda masih merasa berserabut,gelisah,masih kekurangan walaupun sudah dilimpahi dengan segala segala nya yang anda idamkan?     

Search This Blog