hidup SELAMATSEJAHTERA.com ini ingin mengajak anda mengharungi hidup dengan prinsip dan amalan hidup SEHAT , TENANG DAN SEJAHTERA .Hidup dengan memberi peringatan sesama kita boleh menyedarkan kita bahawa tubuh ini bukannya benda yang kekal ,hanya benda organik yang boleh rosak dan mati dan akhirnya balik ke tanah jua . Roh akhirnya menemui sang pencipta nya ..Allah SWT....Di situ lah mereka sedar akhirnya bermula nya kehidupan manusia yang sebenarnya ia itu dialam akhirat yang kekal abadi .
Wednesday, October 21, 2009
Peristiwa Tulisan Al-quran Pada Tubuh Bayi
Peristiwa tulisan al-quran di tubuh bayi berumur 9 bulan berlaku di Dagestan,Rusia.Huruf al-quran tersebut tidak kekal lama dan hilang secara beransur-ansur selepas beberapa hari.Huruf al-quran yang lain akan muncul semula apabila bayi itu menunjukkan tanda-tanda demam pada dirinya,pihak kerajaan telah membuat pemeriksaan tetapi tidak ada jawapan keatas kejadian tersebut. Apakah pengajaran yang kita boleh perolehi dari peristiwa ini? Kalau lah orang bukan islam yang mengatakan "ah ini karut" kita tidak hairan, tetapi masih ada kah orang islam berani menidakkan nya ? Sudah banyak keganjilan berlaku akhir akhir ini,nama ALLAh terpahat dan muncul dimana mana sahaja seperti dalam buah buahan,pada pokok,di ikan,atas langit,pada air ombak,pada gunung dan bermacam macam lagi..mungkin kita pernah mendengar,melihatnya tetapi masih tidak terpahat di otak kita ...apa Allah hendak sampaikan ? ada kah ini satu peringatan atau amaran ?Kalau zaman beribu tahun dahulu diturunkan nabi nabi dan rasul,Allah memusnahkan kaum kaum yang ingkar melalui air bah,ribut taufan,kemarau dan kekeringan,gunung berapi dan gempa bumi , bahawa ,ada kah Allah akan membiarkan kita dengan keadaan kemungkaran selama lama nya. Dia lah ALLAH pencipta seluruh alam ,tetapi manusia terus hanyut.... hanyut didalam kemaksiatan ,perbalahan sesama islam, kesesatan ,kegelapan, dengan kesombongannya seolah olah tiada penghujungnya.
Tuesday, October 20, 2009
Sejadah Bersolat ?
Selepas beberapa peristiwa pelik mengenai sejadah yang mengaji quran di Oman ,berlaku lagi hal sejadah berdiri di Bkt Mertajam ,Pulau Pinang. Selepas itu pada 20 hb Oktober 2009, peristiwa aneh itu berlaku diSekolah Tok Sangkut ,Pasir Mas,Kelantan yang mana 36 helai sejadah yang berdiri sendiri seolah olah sedang bersolat didalam surau . Peristiwa tersebut mengemparkan penduduk dan menimbul banyak tanda tanya ...Apa kata kumpulan paranormal mengenai peristiwa itu?
Khasiat Bunga Cengkih
Kajian Saintifik Bunga Cengkih.
Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese ,bitamin c, bitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalcium dan fiber yang tinggi.Lain lain kandungan ialah B acetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin; crategolic acid; tannins, gallotannic acid, methyl salicylate (painkiller); flavonoids eugenin, kaempferol, rhamnetin, dan eugenitin; triterpenoids like oleanolic acid, stigmasterol dan campesterol; dan sesquiterpenes.[9]
Khasiat Bunga Cengkih.
1 Menguatkan Paru Paru dan sistem pernafasan.
2. Menguatkan jantung
3. Kesihatan Mata
4. Ketahanan Gigi
5. Menguatkan Ingatan
6 Menghilangkan Sakit GigiCara nya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia
7 Menghilangkan rasa mual dan pening
Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih
8 Menghilangkan Bau Mulut
Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali
9 Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Cara nya: Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.
10 Radang Hati
Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.
11 Selsema
Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
12 Sembelit
Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.
13 Mengelak Semut
Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
14 Zahir Batin - Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.