6 hb Disember 2009 di Pusat Membeli Belah KB Mall,Kota Bharu,Kelantan .Siapa sangka sebuah kereta yang berada ditempat parking atas bumbung jatuh dan terus jatuh kebawah dan menghempap ke elevator di tengah tengah kesesakan manusia. Malang nya 3 orang yang berada diatas elevator tidak sempat melarikan diri dan menjadi mangsa dan terus meninggal dunia. Dengar khabar kedua dua mereka itu pelajar jururawat . Ini lah takdir, kematian seseorang tidak mengenal tempat ,masa atau umur ia boleh berlaku kepada sesiapa pun. Kematian boleh berlaku sekelip mata sahaja. Apabila hendak keluar rumah ikut lah sunnah nabi ,baca al quran pelindung diri dan bertawakal pada Allah agar kita selamat pergi dan kembali ,kerana ajal tidak mengenal sesiapa ,kita perlu sentiasa berdoa agar kita mati pun dalam husnul khotimah ,Amin. Mari lah kita hadiahkan al fatihah kepada mangsa..Al Fatihah.
hidup SELAMATSEJAHTERA.com ini ingin mengajak anda mengharungi hidup dengan prinsip dan amalan hidup SEHAT , TENANG DAN SEJAHTERA .Hidup dengan memberi peringatan sesama kita boleh menyedarkan kita bahawa tubuh ini bukannya benda yang kekal ,hanya benda organik yang boleh rosak dan mati dan akhirnya balik ke tanah jua . Roh akhirnya menemui sang pencipta nya ..Allah SWT....Di situ lah mereka sedar akhirnya bermula nya kehidupan manusia yang sebenarnya ia itu dialam akhirat yang kekal abadi .
Sunday, December 6, 2009
Peristiwa kereta jatuh dari bumbung ke elevator KB Mall ,Kota Bharu
6 hb Disember 2009 di Pusat Membeli Belah KB Mall,Kota Bharu,Kelantan .Siapa sangka sebuah kereta yang berada ditempat parking atas bumbung jatuh dan terus jatuh kebawah dan menghempap ke elevator di tengah tengah kesesakan manusia. Malang nya 3 orang yang berada diatas elevator tidak sempat melarikan diri dan menjadi mangsa dan terus meninggal dunia. Dengar khabar kedua dua mereka itu pelajar jururawat . Ini lah takdir, kematian seseorang tidak mengenal tempat ,masa atau umur ia boleh berlaku kepada sesiapa pun. Kematian boleh berlaku sekelip mata sahaja. Apabila hendak keluar rumah ikut lah sunnah nabi ,baca al quran pelindung diri dan bertawakal pada Allah agar kita selamat pergi dan kembali ,kerana ajal tidak mengenal sesiapa ,kita perlu sentiasa berdoa agar kita mati pun dalam husnul khotimah ,Amin. Mari lah kita hadiahkan al fatihah kepada mangsa..Al Fatihah.
Sunday, November 8, 2009
Melindungi dari penyakit ANGIN AHMAR melalui Doa
Telah diceritakan bahawa Hassan Bin Ali,cucunda Nabi s.a.w telah menghidap penyakit rongga dan keluar darah daripadanya,lalu nabi S.a.w dan sahabatnya telah mendapat khabar akan yang demikian ,tiba tiba turun lah melaikat Jibrail lalu berkata "hai Rasulullah.sesungguhnya Al Hasan telah kena penyakit "angin". Sabda Nabi s.a.w: "Hai saudara ku Jibrail,ada kah ubat baginya ?dijawab oleh jibrail: "bahkan ada." Kemudian Jibrail pun ghaib lah sejurus lalu kembali dan berkata kepada Rasulullah suatu hadiah doa yang mustajab,maka barangsiapa membacanya walaupun sekali seumur hidupnya nescaya ia terselamat daripada RIH (angin) Ahmar. Maka Nabi s.a.w pun membaca doa ini bagi Hassan r.a maka sembuhlah Hassan dari penyakit itu. Lalu Nabi s.a.w telah bersabda kepada sahabatnya "Pelajari lah oleh mu akan doa ini dan ajarkan lah dia kepada umatku supaya doa doa ini memberi manfaat kepada mereka serta memelihara mereka daripada ditimpa bala "Penyakit Angin Ahmar".
*Doa ini boleh dibaca pada air bersih atau dicampur dengan air zam zam dan beri minum kepada pesakit yang telah pun kena penyakit ini setiap hari.
Ini lah doa nya ......
PENYAKIT ANGIN AHMAR (STROKE)
Stroke atau angin ahmar adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap hal yang kita lakukan atau fikirkan, serta mengawal fungsi automatik seperti pernafasan. Otak memerlukan bekalan darah malar yang membawa oksigen dan nutrisi penting. Apabila pembuluh darah di otak pecah atau pun tersumbat, bekalan darah berhenti dan sel-sel otak kekurangan oksigen dan nutrisi dan sebahagian daripada otak mulai mati. Stroke atau angin ahmar berlaku dengan pantas sekali. Kerosakan otak menjejaskan deria rasa dan pertuturan . Sebahagian sisi tubuh mungkin akan lumpuh, perilaku kita, pola berfikir dan memori kita pun terjejas..
Stroke adalah yang ketiga penyebab kematian terbesar di Malaysia . Setiap tahun sekitar 40,000 orang di Malaysia menderita stroke .Melihat kepada keadaan gaya hidup manusia sekarang,sesiapapun boleh mendapat stroke walaupun ia seorang remaja , tetapi majoriti kes mempengaruhi orang dewasa.
Apa Yang Menyebabkan Penyakit Angin Ahmar?
Terdapat dua jenis stroke 1) ischaemic stroke- berlaku apabila gumpalan darah arteri yang menyekat bekalan darah ke otak. Stroke ” ischaemic” adalah hasil dari pembinaan kolesterol dan dalam arteri (aterosklerosis) selama bertahun-tahun . 2) haemorrhagic stroke – berlaku disebabkan pembuluh darah di dalam atau di sekitar otak pecah, menyebabkan pendarahan . Ini berlaku akibat tekanan pada pembuluh darah akibat penyakit darah tinggi yang tidak diubati .
Simpton Angin Ahmar
1 Lemah atau kebas sebelah tubuh
2 Penglihatan kabur
3 Kesukaran bercakap atau memahami pertuturan
4 Pening ,kehilangan kseimbangan atau keliru
5 Pening kepada yang kronik
6 Mual atau muntah
Saturday, October 31, 2009
Membina Pelajar Cemerlang Yang Beriman
Berikut ada lah panduan untuk kecemerlangan
A Jaga Makanan
Makanan Yang Boleh Menjejaskan Hafalan.
1 Makanan asam
2 Pulut
3 Ais
Makanan Yang Boleh Menyihatkan Fikiran
1 Makan ikan,minyak ikan laut dalam (mengandungi DHA dan EPA ia itu asid essential yang tinggi)
Otak mengandungi DHA yang tinggi dalam "grey matter" .
2 Bitamin B1(thiamine)
3 Minum susu kambing
4 Kurangkan makanan berkalori tinggi kerana ia boleh membantu mencetuskan pertumbuhan "nerve growth factors" ,penting untuk untuk.
5 Mengunyah kacang (meningkatkan pengedaran darah keotak)
6 Makan buah buahan dan sayur yang mengandungi "antioksidan" yang tinggi seperti:- buah kismis ,Blueberries, Blackberries, Cranberries, Strawberries, Spinach, Raspberries, Brussels sprouts, Plums, Broccoli, Beets, Avocado, Oranges, Red grapes, Red bell peppers, Cherries , Kiwis,Gingko Biloba ,bunga cengkih
7 Minum air secukupnya.
Otak mengandungi 80% air.Ketidakcukupan air ke otak akan menyebabkan "slight dehydration" boleh meningkatkan hormon stres. Minum lah 8 gelas air sehari.
B Tidur secukupnya
C Selalu baca alquran
Membaca alquran boleh memenangkan hati kita dan membersih kan jiwa kita ynag mungkin bersarabut dengan matapelajaran yang perlu dihafal. Sebab itu lah alquran dianggap ubat untuk hati dan jiwa. Apabila dibaca alquran, hati akan mengeluarkan getaran yang tinggi kerana tiap tiap huruf alquran itu mempunyai energi dan getaran yang amat dashyat diluar pemikiran manusia. Orang yang membaca Al Qur'an juga pada dasarnya sedang melakukan stimulasi berupa resonansi getaran-getaran elektromagnetik kepada sistem energi tubuh kita. Bila ayat Al Qur'an dibaca berulang-ulang dengan khusyuk dan penuh ketakwaan, akan mampu melahirkan gelombang elektromagnetik yang mengetarkan diri kita dan menenangkan hati kita. Hati kita di ibaratkan sebuah cermin,noda dan dosa telah mengelapkan nya hari demi hari,biarlah kalimah kalimah suci itu membersih hati kita yang semakin berkarat itu....insyaAllah moga moga dinampak kan cahaya kebenaran ilahiah.
D Selalu memgembirakan hati ibubapa.
kita perlu ingat ibubapa kita selalu berdoa untuk kejayaan kita. Mereka sangup berkorban apa saja untuk memastikan kita berjaya ..tanpa mereka siapa lah kita. Jangan lah sekali kali kita bersangka buruk dan menyakit hati mereka waluapun ada yang kita rasa tidak puas hati terhadap mereka. Kita rasa ibu bapa kita pilih kasih dan lebih sayangkan adik beradik lain, tetapi mungkin itu hanya sangkaan buruk kita yang kita kadang kadang tidak fahami perkara yang sebenar. Minta ampun lah kepada mereka dan jangan lagi mengecilkan hati mereka.
E Jangan jemu jemu membaca walaupun bukan buku akademik.
Kebanyakan pelajar zaman sekarang hanya tahu membaca buku akademik sahaja .Bercakap tentang ilmu pengetahuan lain amat lemah , apa tah lagi kalau bercakap mengenai hal ehwal ekonomi ,bencana alam,peperangan ,politik dan sebagainya . Habis membaca buku akademik ,komputer ada lah teman mereka ,sanggup berkekang mata satu malam bermain dengan "game" kegemaran mereka. Nasihat saya ,jangan belajar untuk lulus peperiksaan sahaja . Pupuk lah budaya membaca apa sahaja artikel , buku buku bukan akedemik seperti kesihatan,ekonomi, sains kerana lebih banyak kita berfikir,semakin tajam minda kita, semakin matang pemikiran kita. Jangan lah jadi seorang siswazah yang masih berfikiran kanak kanak umur 7 tahun tahu main sahaja. Be more serius in life !.
Friday, October 30, 2009
Siri Latihan Senaman Pernafasan Asas (Metafizik)
Caranya:-
1. Berdiri di atas satu kaki (kanan) dan angkatkan kaki kiri ke atas.
2. Rangkapkan jari –jari tangan kanan dan kiri dan letakkan di bahagian belakang kepala.
3. Ambil nafas panjang melalui hidung dan tahan di perut selama mungkin .
4. Hembuskan nafas menerusi mulut dengan sekuat kuat nya serta selama mana yang bolih.
Turunkan kaki.
5. Ulangi latihan beberapa kali.
Latihan 2 : Menguatkan Daya Tahan Penyakit
Manfaat:-
1. Untuk pengubatan dan penyembuhan penyakit.
2.Kesegaran wajah dan semangat yang besar.
Cara nya:-
1.Berdiri tegak menghadap ke arah timur (matahari timur)
2 Letakkan kedua-dua belah tangan ke bahagian pinggang.
3 Tarik nafas panjang melalui hidung dan tahan nafas selama mungkin sambil berdiri diatas jari jari kaki.
4. Hembuskan nafas menerusi mulut dengan sekuat kuatnya dengan penuh perasaan bahawa udara yang kotor dan sifat negatif di keluarkan.
5. Ulangi latihan ini berkali-kali.
Thursday, October 29, 2009
Khasiat Spirulina Dan Chlorella
Makanan organik "Superfood" untuk kesihatan yang optimum.
Spirulina ada lah satu sel algae yang mempunyai warna hijau kebiruan yang hidup dalam air yang mempunyai ph alkali. Perkataan spirulina berasal dari latin bermakna "helix" atau "spiral" yang mempunyai rupa bentuk berputar putar. Spirulina juga memberi maksud pemakanan tambahan untuk kegunaan manusia dan haiwan dihasilkan dari 2 jenis spesies organisma cyanobacteria: 1 Arthrospira platensis, dan 2 Arthrospira maxima. Kini Spirulina di tanam secara besar besaran untuk menghasilkan pemakanan kesihatan manusia di seluruh dunia.
Chlorella juga merupakan satu sel alga mempunyai nukleus dan kandungan chlorophyl yang tinggi. Kedua dua Spirulina dan Chlorella mempunyai kandungan protin yang tinggi (58%), karbohidrat, kesemua Bitamin B, Bitamin C dan E, asid amino , "Essential Fatty asid, dan minerals. Kandungan bitamin B12 lebih tinggi dari organ hati (liver) dan juga kandungan beta kerotin juga tinggi.
Kedua dua pemakanan ini chlorella dan spirulina ada lah penuh dengan nutrien dan "phytochemicals" penting untuk kesihatan dan meningkatkan daya tahan tubuh dari penyakit.
KHASIAT PEMAKANAN "SPIRULINA DAN CHLORELLA"
Spirulina ada lah satu sel algae yang mempunyai warna hijau kebiruan yang hidup dalam air yang mempunyai ph alkali. Perkataan spirulina berasal dari latin bermakna "helix" atau "spiral" yang mempunyai rupa bentuk berputar putar. Spirulina juga memberi maksud pemakanan tambahan untuk kegunaan manusia dan haiwan dihasilkan dari 2 jenis spesies organisma cyanobacteria: 1 Arthrospira platensis, dan 2 Arthrospira maxima. Kini Spirulina di tanam secara besar besaran untuk menghasilkan pemakanan kesihatan manusia di seluruh dunia.
Chlorella juga merupakan satu sel alga mempunyai nukleus dan kandungan chlorophyl yang tinggi. Kedua dua Spirulina dan Chlorella mempunyai kandungan protin yang tinggi (58%), karbohidrat, kesemua Bitamin B, Bitamin C dan E, asid amino , "Essential Fatty asid, dan minerals. Kandungan bitamin B12 lebih tinggi dari organ hati (liver) dan juga kandungan beta kerotin juga tinggi.
Kedua dua pemakanan ini chlorella dan spirulina ada lah penuh dengan nutrien dan "phytochemicals" penting untuk kesihatan dan meningkatkan daya tahan tubuh dari penyakit.
KHASIAT CHLORELLA DAN SPIRULINA
Spirulina ada lah satu sel algae yang mempunyai warna hijau kebiruan yang hidup dalam air yang mempunyai ph alkali. Perkataan spirulina berasal dari latin bermakna "helix" atau "spiral" yang mempunyai rupa bentuk berputar putar. Spirulina juga memberi maksud pemakanan tambahan untuk kegunaan manusia dan haiwan dihasilkan dari 2 jenis spesies organisma cyanobacteria: 1 Arthrospira platensis, dan 2 Arthrospira maxima. Kini Spirulina di tanam secara besar besaran untuk menghasilkan pemakanan kesihatan manusia di seluruh dunia.
Chlorella juga merupakan satu sel alga mempunyai nukleus dan kandungan chlorophyl yang tinggi. Kedua dua Spirulina dan Chlorella mempunyai kandungan protin yang tinggi (58%), karbohidrat, kesemua Bitamin B, Bitamin C dan E, asid amino , "Essential Fatty asid, dan minerals. Kandungan bitamin B12 lebih tinggi dari organ hati (liver) dan juga kandungan beta kerotin juga tinggi.
Kedua dua pemakanan ini chlorella dan spirulina ada lah penuh dengan nutrien dan "phytochemicals" penting untuk kesihatan dan meningkatkan daya tahan tubuh dari penyakit.
Tuesday, October 27, 2009
Beramal Dengan Ayat Kursi Memohon Perlindungan Allah..
KEHEBATAN AYAT KURSI.
Ayat kursi terdapat dalam alquran di dalam surah Baqarah ayat 255,turunkan setelah hijrah.Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Dari Anas bin Malik RA berkata,Rasullulah SAW bersabda: " Apabila seseorang dari umatku membaca ayat kursi 12 kali,kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh ,nescaya Allah akan menjaganya daripada kejahatan syaitan dan darjahnya sama dengan orang yang membaca seluruh al quran sebanyak 3 kali,dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia"
Apabila memohon perlindungan dengan Allah ia termasuklah perlindungan rumah kediaman /premis dan diri sendiri kita sendiri . Memohon perlindungan bermakna ,kita memohon Allah melindungi kita dari niat jahat manusia , bala malapetaka dan dari gangguan jin,iblis dan syetan. Berikut adalah panduan yang boleh di amal dengan menggunakan ayat Kursi .
A Perlindungan Kediaman (Pagar rumah).
a Bermula bacaan ini di satu penjuru rumah (dalam atau luar) di sebelah kanan.
b Niat lah " Ya Allah dengan kehendakMU, selamatlah kediaman ini,harta ku,keluargaku dari gangguan jins ,iblis, syetan dan niat jahat manusia,lindungi kami dari segala bala dan musibah dan sejahtera lah hidup kami"
c Baca "Bismillaahirrahmaanirrahiem"
d Istighafar 3 kali
e Selawat kepada Nabi
f Baca Al Fatihah
g Mula lah baca ayatul kursyi wakaf 9 ,seperti tanda wakaf dalam alquran Rasmi Uthmani)
mula membaca ayat kursi dari satu penjuru rumah sebelah kanan ,dan bergerak atau berjalan jalan ke sebelah kiri mengikut arah "tawaf kaabah"ia itu anti clockwise. Bacaannya harus bersambung (tidak putus putus)dan berakhir dipenjuru yang kita mula tadi.
e Apabila selesai tutup lah dengan selawat.
Waktu yang sesuai : satu kali sebelah petang sebelum matahari terbenam dan
Satu kali sebelah pagi selepas subuh sebelum matahari naik
B Perlindungan Diri Sendiri.
Selepas baca ayat kursi tiup di sekeliling diri sendiri mengikut pergerakan tawaf kaabah dengan niat melindungi diri.
Waktu yang sesuai : sebelum melangkah keluar dari rumah atau sebelum tidur
Wednesday, October 21, 2009
Peristiwa Tulisan Al-quran Pada Tubuh Bayi
Peristiwa tulisan al-quran di tubuh bayi berumur 9 bulan berlaku di Dagestan,Rusia.Huruf al-quran tersebut tidak kekal lama dan hilang secara beransur-ansur selepas beberapa hari.Huruf al-quran yang lain akan muncul semula apabila bayi itu menunjukkan tanda-tanda demam pada dirinya,pihak kerajaan telah membuat pemeriksaan tetapi tidak ada jawapan keatas kejadian tersebut. Apakah pengajaran yang kita boleh perolehi dari peristiwa ini? Kalau lah orang bukan islam yang mengatakan "ah ini karut" kita tidak hairan, tetapi masih ada kah orang islam berani menidakkan nya ? Sudah banyak keganjilan berlaku akhir akhir ini,nama ALLAh terpahat dan muncul dimana mana sahaja seperti dalam buah buahan,pada pokok,di ikan,atas langit,pada air ombak,pada gunung dan bermacam macam lagi..mungkin kita pernah mendengar,melihatnya tetapi masih tidak terpahat di otak kita ...apa Allah hendak sampaikan ? ada kah ini satu peringatan atau amaran ?Kalau zaman beribu tahun dahulu diturunkan nabi nabi dan rasul,Allah memusnahkan kaum kaum yang ingkar melalui air bah,ribut taufan,kemarau dan kekeringan,gunung berapi dan gempa bumi , bahawa ,ada kah Allah akan membiarkan kita dengan keadaan kemungkaran selama lama nya. Dia lah ALLAH pencipta seluruh alam ,tetapi manusia terus hanyut.... hanyut didalam kemaksiatan ,perbalahan sesama islam, kesesatan ,kegelapan, dengan kesombongannya seolah olah tiada penghujungnya.
Tuesday, October 20, 2009
Sejadah Bersolat ?
Selepas beberapa peristiwa pelik mengenai sejadah yang mengaji quran di Oman ,berlaku lagi hal sejadah berdiri di Bkt Mertajam ,Pulau Pinang. Selepas itu pada 20 hb Oktober 2009, peristiwa aneh itu berlaku diSekolah Tok Sangkut ,Pasir Mas,Kelantan yang mana 36 helai sejadah yang berdiri sendiri seolah olah sedang bersolat didalam surau . Peristiwa tersebut mengemparkan penduduk dan menimbul banyak tanda tanya ...Apa kata kumpulan paranormal mengenai peristiwa itu?
Khasiat Bunga Cengkih
Kajian Saintifik Bunga Cengkih.
Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan bahan seperti manganese ,bitamin c, bitamin k,omega 3 (fatty acid),magnesium,kalcium dan fiber yang tinggi.Lain lain kandungan ialah B acetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin; crategolic acid; tannins, gallotannic acid, methyl salicylate (painkiller); flavonoids eugenin, kaempferol, rhamnetin, dan eugenitin; triterpenoids like oleanolic acid, stigmasterol dan campesterol; dan sesquiterpenes.[9]
Khasiat Bunga Cengkih.
1 Menguatkan Paru Paru dan sistem pernafasan.
2. Menguatkan jantung
3. Kesihatan Mata
4. Ketahanan Gigi
5. Menguatkan Ingatan
6 Menghilangkan Sakit GigiCara nya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia
7 Menghilangkan rasa mual dan pening
Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih
8 Menghilangkan Bau Mulut
Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali
9 Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Cara nya: Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.
10 Radang Hati
Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.
11 Selsema
Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
12 Sembelit
Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.
13 Mengelak Semut
Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
14 Zahir Batin - Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.
Saturday, October 17, 2009
Gangguan Makhluk Halus
Bagaimana pula dengan hantu ? Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai hantu. Baginda menjawab "Mereka adalah bangsa jin yang ahli sihir" (Hadith ini bersumber dari Jabir r.a di ceritakan oleh Abdullah B Ubaid Bin Umair). Di dunia nusantara terutamanya bangsa melayu, terdapat beberapa jenis hantu diantaranya hantu raya, hantu bungkus, hantu pari, hantu tanglung, hantu jerongkong, hantu air,pelesit)polong),pontianak,langsuir,toyol dll. Bagaimana pula dengan Alien atau UFO? Ada lah dipercayai ada diantara kaum jin ini dapat menembusi dimensi manusia dan apabila ini berlaku masyarakat kita yang pernah nampak mereka menganggap nya itu sebagai UFO dan percayai makhluk ini dari planet lain,walhal mereka ini ada lah spesies jin yang hidup dibumi sendiri yang menjadi penghuni planet ini. Berapa ramai kah golongan jin ? Rasulullah SAW bersabda "sesungguhnya Allah menciptakan malaikat,jin, dan manusia itu 10 bahagian.Kadar keramaian malaikat ada lah 9 bahagian ,sedang jin dan manusia itu hanya satu bahagian. Kemudian dari satu bahagian itu dipecahkan pula kepada 10 bahagian kecil. Sembilan bahagian dapadanya ada lah bilangan jin manakal hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia. " Jadi boleh dirumuskan malaikat 90,jin 9 dan manusia 1. Tidak kah angka ini mengerunkan kerana seolah oleh mereka ini berada di mana mana sahaja.
A.TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.
1. Sukar tidur malam
2. Gelisah dan sering terbangun pada waktu malam
3. Mimpi buruk, iaitu mimpi melihat sesuatu yang
membahayakan lalu ingin berteriak meminta pertolongan
tetapi lidahnya seakan-akan kelu
4. Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti kucing,
anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
5. Tertawa, menangis atau berteriak pada saat tidur
6. Bunyi gigi geraham beradau pada saat tidur
7. Merintih dan meratap pada saat tidur
8. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa
kesedaran
9. Mimpi seolah-olah akan terjatuh dari tempat tinggi
10.Mimpi berada di kuburan, tempat pembuangan sampah atau
dijalan yang mengerikan
11. Mimpi melihat orang aneh seperti terlalu tinggi,
terlalu pendek atau terlalu hitam
12. Mimpi melihat hantu
B. TANDA-TANDA DIWAKTU JAGA.
1. Selalu pening yang tidak disebabkan oleh faktor-faktor
anggota badan
2. Selalu lalai dari zikir dan mengingati ALLAH
3. Fikiran kacau dan tidak menentu
4. Badan lemah dan tidak bertenaga
5. Saraf terganggu
6. Rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh
yang tidak dapt di kesan oleh Doktor
7. Berlaku rasukkan yang tanpa sedar
Terdapat beberapa jenis hantu yang wujud dikalangan masyarakat melayu diantaranya ;
Hala - ini ada lah jelmaan "harimau" besar yang saiznya lebih besar dari empat ekor lembu. Hala ini bengis dan perlu dilihat dengan kaedah kebatinan.
Hantu Raya - Jelmaan hantu raya selalunya merupa susuk tubuh lelaki namum bersaiz besar dan tinggi yang luar biasa. Hantu raya paling takut kepada buluh tajam atau pun buluh terbelah,tidak kira apa jua buluh pun.Untuk mengelak gangguannya ialah dengan membuat pengapit seperti gunting dan letakkan pada tempat yangb menjadi laluan dirumah seperti muka pintu.
Pelesit - makhluk ini biasanya terbang, untuk menghindarnya guna "paku" panjang terutamanya yang berkarat atau "lidi" kelapa.
Toyol - makhluk ini biasanya kecil sama besar dengan bayi baru lahir tetapi rupa menakutkan .Makhluk ini juga takut pada "lidi" , bagi mengelak gangguannya letakkan lidi pada tempat yang mungkin menjadi laluannya. Toyol ini dikatakan tidak takut pada al quran sebab itu terjadi juga kejadian kehilangan wang walaupun disimpan pada celah al quran. Selain lidi ,"jarum" peniti boleh digunakan.
Manusia berasal dari tanah .dan ke tanah lah ia dikembalikan . Berasalkan ilmu bangkit asal usul manusia ,perubatan mengunakan tanah telah digunakan sejak Zaman berzaman dahulu. Kalau ilmu perubatan mioden menguna tanah , arang untuk membuang toksin dalam perut dan usus ,tanah liat juga diguna dalam perubatan alternatif . Dalam saat saat kecemasan (tidak terdapat penawar terdekat) tanah liat boleh dimakan jika anda termakan benda toksik sama ada disebabkan racun atau santau. Jika anda terkena gigitan ular ia boleh disapu pada luka tersebut sebelum merawat dengan kaedah moden.(Anda dinasihatkan jangan menguna tanah kubur kerana ia di anggap mati dan tida khasiat.
Kejadian merompak menguna pukau sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Pukau ini biasanya dibuat dengan menguna perantaraan jin atau makhluk halus. Salah satu cara untuk menghindar pukau dirumah ialah dengan menyandar penyapu lidi pada belakang pintu.
IKHTIAR SENDIRI TERAPI MP3(BACAAN AYAT QURAN RUQYAH)..
SILA KLIK DISINI .....
http://makhlukhalusterapi.blogspot.com/
ANDA DINASIHAT MERUJUK KEPADA ARTIKEL BERAMAL DGN AL MATHURAT DAN MEMOHON PERLINDUNGAN DGN ALLAH DENGAN AYATUL KURSYI....
Friday, October 9, 2009
Beramal lah Dengan "Al Mathurat"
Thursday, October 8, 2009
Ada Kah Kemusnahan Manusia Semakin Hampir ?Secebis Nasihat Untuk Renungan
Generasi akhir zaman ini sedang berhadapan dengan petanda petanda awal kiamat. Kita sedang menyaksikan dunia dan alam semesta dengan bencana alam yang datang silih berganti. Maka mengkaji lah mereka dengan ilmu sains dan alat yang canggih , namun alam tetap dengan cara nya..balasan setimpal kepada manusia yang tidak tahu menghargai kewujudannya. Dunia setiap detik menyaksikan kemusnahan generasi masa kini akibat gejala dadah,penderhakaan kepada ibubapa (ibu bapa bertuan kan anak nya) pergaulan sosial yang bebas yang tidak mengenal batasnya, kaum hawa yang suka mendedahkan aurat nya, kejadian murtad yang banyak tersembunyi, perhubungan sonsang (lesbian dan gay) yang sudah pun berani melebelkan diri mereka dengan nyata. Ada kah kaum kaum zaman nabi LUT sudah kembali semula untuk menemui kemusnahannya oleh Allah swt!.
|
Berwaspada lah Dengan Apa Yang Kita Makan.
Berwaspada lah dengan apa yang kita makan!
Ketahui lah musuh musuh islam telah
Resipi Hidup Sihat Dan Tenang
Senaman berterusan atau senaman selama setengah jam
KETAWA
Ketawa boleh meningkatkan pembebasan endorfin ia itu sejenis bahan yang memberi rasa kesejahteraan di dalam otak. Ketawa dan kegembiraan boleh meningkat fungsi ketahanan tubuh terutama dari segi pengeluaran sel pembunuh semula jadi yang mempertahan
SENTUHAN MANUSIA
Sentuhan manusia juga boleh meningkatkan pengeluiaran endorfin dan hormon pertumbuhan yang boleh mengurangkan kesan negatif akibat tekanan.Berikan pelukan untuk yang tersayang kerana ia boleh meningkatkan semangat dirinya.
BERNAFAS DENGAN BETUL
Bernafas dengan betul memang boleh menyingkir toksin dan sisa dari tubuh.Di anggarkan sebanyak 30% toksin dalam tubuh di singkirkan menerusi usus dan pundi air kencing ,selebih nya melalui pernafasan.Bernafas dengan betul boleh menenangkan minda,meningkatkan tenaga dan memperbaiki semangat diri.
BAU BAUAN
Bau bauan mempunyai kesan terhadap tubuh dan minda.Apabila saraf didalam hidung terangsang ,ia akan merangsang suatu sistem di dalam otak yang dikaitakan dengan otak yang dikaitkan dengan perasaan dan daya ingatan. Konsep ini memainkan peranan penting dalam aromaterapi yang menggunakan kuasa pemulihan dari tumbuhan yang memiliki bau bauan kuat.Aromaterapi turut menyarankan rawatan kemurungan menggunakan tumbuhan seperti bunga melur,eucalyptus dan limau gedang untuk membantu meningkatkan kepekaan serta kegembiraan.
POKOK BUNGA BUNGAAN
Bungaan yang berwarna warna warni mempunyai pengaruh yang kuat bukan sahaja terhadap perasaan dan semangat sesorang,malah boleh membantu melawan tekanan.Kajian menunjukkan sesorang yang bekerja bersebelahan bungaan lebih relaks dan menenangkan.
PENGAMBILAN MAKANAN BERASASKAN MAKANAN IKAN DAN SUSU
Sajian berasaskan hidupan laut seperti ikan salmon,gamat emas dan sebagainya mengandungi dua jenis asid lemak omega3 EPA dan DHA. DHA yang tinggi membantu merangsang otak meningkatkan pengeluaran serotonin dan dopomin itu bahan kimia otak penting untuk ketenangan.Mereka yang kurang menikmati sajian ikan mudah terdedah kepada kegelisahan,mudah marah dan masalah murung.
Susu ,dadih,keju ,telur,pisang dan kekacang baik untuk minda kerana ia kaya dengan trytophan sejenis asid amino diperlukan untuk pengeluaran serotonin yang merangsang perasaan seseorang.Oleh tubuh manusia tidak boleh mengeluarkan trytophan dengan sendirinya ia harus diperolehi dari sumber tersebut yang kaya dengan amino asid.
TIDUR SECUKUPNYA
Mereka yang mengalami gangguan tidur mempunyai kecederungan untuk mengalami kemurungan lima kali ganda berbanding dengan mereka yang tidur lena.Tidur lah dengan secukupnya untuk mendapatkan ketenangan
KEKURANGAN CAHAYA MATAHARI
Kekurangan cahaya matahari boleh mengakibatkan kekurangan bitamin D. Mereka yang mengalami kemurungan biasanya mempunyai kekurangan bitamin D yang lebih rendah sebanyak 14 %.
MENDENGAR BACAAN
Kajian menunjukkan mendengar dan membaca alquran selama sejam sehari selama seminggu juga antara terapi boleh membantu mengurangkan kemurungan sehingga 25 %. Mendengan muzik yang sesuai yang boleh mendamikan jiwa dari sumber bunyi bunyian alam semula jadi juga berkesan untuk mendamaikan jiwa.
TERAPI MENGGUNAKAN "MEDAN ELEKTROSTATIK"