Tuesday, May 3, 2011

Kekayaan Hati Versus Kekayaan Harta

Kita melihat bukan sedikit manusia menghabis sisa sisa hidupnya dgn hanya mencari KEKAYAAN DUNIA , tapi hanya sedikit sahaja mencari kekayaan HATI. Mereka pun tahu hidup hanya mencari kekayaan  harta dan wang ringgit itu benda tidak kekal ,boleh hilang sekelip mata jika dilanda bencana, boleh berkurangan jika diambil orang, boleh bertukar tangan jika dia meninggal dunia , apa tah lagi kekayaan itu diperolehi dgn cara yg tidak reda, segala kekayaan itu membiak seumpama virus dan kuman yg harus dijawab dihadapan Allah kelak,...cara mana memperolehi harta itu,kemana dibelanjakan ?.  Apa guna semua itu jika  ia akan berakhir dgn kesusahan semasa di alam  barzakh  dan kesusahan pada ahli keluarga yg masih hidup. Mereka yang hidupnya hanya mencari kekayaan dunia ini akan meninggalkan dunia ini dengan rohani yg miskin, apabila mengadap sang penciptanya. Segala yg mereka tinggal itu yang diusahakan sejak 50 tahun dahulu akan dibahagikan bahagikan oleh ahli keluarga dan ada yg berpecahah belah kerana sifat dengki ,sifat tamak dan haloba. Semasa hidupnya Si pejuang  harta kekayaan dunia ini  mereka rasa gelisah dan takut harta itu berkurangan dan sentiasa berusaha mengandakn nya dgn apa jua cara pun. Mereka sirami hidup ahli keluarga dgn kemewahan dunia tapi tidak dengan kerohanian, akibatnya, jadilah ahli keluarga yg cinta dunia . Mereka akan disanjung,mereka memperolehi ramai kenalan ,mereka hidup penuh dengan 'glamour'. Mereka rasakan segala yang mereka dapat itu ada lah kerana daya usaha dn titik peluhnya ,sehingga mereka tidak merasa apa yg mereka perolehi itu ada lah pemberian Allah yang maha pemurah dan penyayang, berkat doa ibubapa mereka yang pernah doakan sejak kechil lagi untuk sianak itu. 
      Sebenarnya kekayaan yg sebenarnya ia lah  KEKAYAAN HATI  kekayaan abadi .Ia tidak musnah oleh kematian dan tidak musnah oleh orang yg hasad dengki. Orang yang kaya hati mereka sentiasa redha  dan bersyukur walaupun tinggal dirumah usang,walaupun menjamah nasi dengan berlauk kan ikan yang ditangkap ditepi bendang ,hidup mereka sederhana ,kadang kadang susah tapi masih tenang dan reda dengan pemberian Allah yang sedikit. Mereka ini orang yg selalu sabar, amat mudah memberi ,mereka tenang dan lapang dimana sahaja dia berada. Orang yg memiliki kekayaan hati ,baru melihat wajahnya sahaja kita merasa lega dan tenang ,bila bercakap dgn nya terasa disiram dgn air yg dingin. Orang yg memilki kekayaan hati ini seoleh oleh diberi sebuah lampu yg sangat terang cahayanya sehingga dia dapat menerangi hati orang lain pula. Ada kah hidup anda masih merasa berserabut,gelisah,masih kekurangan walaupun sudah dilimpahi dengan segala segala nya yang anda idamkan?     

No comments:

Post a Comment

Search This Blog