hidup SELAMATSEJAHTERA.com ini ingin mengajak anda mengharungi hidup dengan prinsip dan amalan hidup SEHAT , TENANG DAN SEJAHTERA .Hidup dengan memberi peringatan sesama kita boleh menyedarkan kita bahawa tubuh ini bukannya benda yang kekal ,hanya benda organik yang boleh rosak dan mati dan akhirnya balik ke tanah jua . Roh akhirnya menemui sang pencipta nya ..Allah SWT....Di situ lah mereka sedar akhirnya bermula nya kehidupan manusia yang sebenarnya ia itu dialam akhirat yang kekal abadi .
Saturday, October 31, 2009
Membina Pelajar Cemerlang Yang Beriman
Berikut ada lah panduan untuk kecemerlangan
A Jaga Makanan
Makanan Yang Boleh Menjejaskan Hafalan.
1 Makanan asam
2 Pulut
3 Ais
Makanan Yang Boleh Menyihatkan Fikiran
1 Makan ikan,minyak ikan laut dalam (mengandungi DHA dan EPA ia itu asid essential yang tinggi)
Otak mengandungi DHA yang tinggi dalam "grey matter" .
2 Bitamin B1(thiamine)
3 Minum susu kambing
4 Kurangkan makanan berkalori tinggi kerana ia boleh membantu mencetuskan pertumbuhan "nerve growth factors" ,penting untuk untuk.
5 Mengunyah kacang (meningkatkan pengedaran darah keotak)
6 Makan buah buahan dan sayur yang mengandungi "antioksidan" yang tinggi seperti:- buah kismis ,Blueberries, Blackberries, Cranberries, Strawberries, Spinach, Raspberries, Brussels sprouts, Plums, Broccoli, Beets, Avocado, Oranges, Red grapes, Red bell peppers, Cherries , Kiwis,Gingko Biloba ,bunga cengkih
7 Minum air secukupnya.
Otak mengandungi 80% air.Ketidakcukupan air ke otak akan menyebabkan "slight dehydration" boleh meningkatkan hormon stres. Minum lah 8 gelas air sehari.
B Tidur secukupnya
C Selalu baca alquran
Membaca alquran boleh memenangkan hati kita dan membersih kan jiwa kita ynag mungkin bersarabut dengan matapelajaran yang perlu dihafal. Sebab itu lah alquran dianggap ubat untuk hati dan jiwa. Apabila dibaca alquran, hati akan mengeluarkan getaran yang tinggi kerana tiap tiap huruf alquran itu mempunyai energi dan getaran yang amat dashyat diluar pemikiran manusia. Orang yang membaca Al Qur'an juga pada dasarnya sedang melakukan stimulasi berupa resonansi getaran-getaran elektromagnetik kepada sistem energi tubuh kita. Bila ayat Al Qur'an dibaca berulang-ulang dengan khusyuk dan penuh ketakwaan, akan mampu melahirkan gelombang elektromagnetik yang mengetarkan diri kita dan menenangkan hati kita. Hati kita di ibaratkan sebuah cermin,noda dan dosa telah mengelapkan nya hari demi hari,biarlah kalimah kalimah suci itu membersih hati kita yang semakin berkarat itu....insyaAllah moga moga dinampak kan cahaya kebenaran ilahiah.
D Selalu memgembirakan hati ibubapa.
kita perlu ingat ibubapa kita selalu berdoa untuk kejayaan kita. Mereka sangup berkorban apa saja untuk memastikan kita berjaya ..tanpa mereka siapa lah kita. Jangan lah sekali kali kita bersangka buruk dan menyakit hati mereka waluapun ada yang kita rasa tidak puas hati terhadap mereka. Kita rasa ibu bapa kita pilih kasih dan lebih sayangkan adik beradik lain, tetapi mungkin itu hanya sangkaan buruk kita yang kita kadang kadang tidak fahami perkara yang sebenar. Minta ampun lah kepada mereka dan jangan lagi mengecilkan hati mereka.
E Jangan jemu jemu membaca walaupun bukan buku akademik.
Kebanyakan pelajar zaman sekarang hanya tahu membaca buku akademik sahaja .Bercakap tentang ilmu pengetahuan lain amat lemah , apa tah lagi kalau bercakap mengenai hal ehwal ekonomi ,bencana alam,peperangan ,politik dan sebagainya . Habis membaca buku akademik ,komputer ada lah teman mereka ,sanggup berkekang mata satu malam bermain dengan "game" kegemaran mereka. Nasihat saya ,jangan belajar untuk lulus peperiksaan sahaja . Pupuk lah budaya membaca apa sahaja artikel , buku buku bukan akedemik seperti kesihatan,ekonomi, sains kerana lebih banyak kita berfikir,semakin tajam minda kita, semakin matang pemikiran kita. Jangan lah jadi seorang siswazah yang masih berfikiran kanak kanak umur 7 tahun tahu main sahaja. Be more serius in life !.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ok dh nie blog mcm nie, simple n teratur... cuma kena masuk design background ckit2 bg nmpok lawa lg...
ReplyDelete