Berita mengenai kecurian,ragut,rogol setiap masa dipaparkan didalam media masa,seolah olah tiada lagi tempat yang selamat dan aman dalam negara kita ini . Apa bila kita mendengar peristiwa buruk itu berlaku ke atas kenalan atau keluarga kita ,hanya takziah atau simpati sahaja yang boleh kita berikan.Mangsa akan menghadapi trauma yang sukar dilupakan akibat kejadian tersebut. Kita jangan rasa sedap hati kerana peristiwa tersebut tidak berlaku kepada kita atau keluarga kita kerana sejauh mana kita ikhtiarkan semuanya ketentuan Allah. Mungkin semua ini berlaku kerana bala atau ujian ..atau mungkin kerana kita kurang berhubungan dengan Allah.
KEHEBATAN AYAT KURSI.
Ayat kursi terdapat dalam alquran di dalam surah Baqarah ayat 255,turunkan setelah hijrah.Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Dari Anas bin Malik RA berkata,Rasullulah SAW bersabda: " Apabila seseorang dari umatku membaca ayat kursi 12 kali,kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh ,nescaya Allah akan menjaganya daripada kejahatan syaitan dan darjahnya sama dengan orang yang membaca seluruh al quran sebanyak 3 kali,dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia"
Apabila memohon perlindungan dengan Allah ia termasuklah perlindungan rumah kediaman /premis dan diri sendiri kita sendiri . Memohon perlindungan bermakna ,kita memohon Allah melindungi kita dari niat jahat manusia , bala malapetaka dan dari gangguan jin,iblis dan syetan. Berikut adalah panduan yang boleh di amal dengan menggunakan ayat Kursi .
A Perlindungan Kediaman (Pagar rumah).
a Bermula bacaan ini di satu penjuru rumah (dalam atau luar) di sebelah kanan.
b Niat lah " Ya Allah dengan kehendakMU, selamatlah kediaman ini,harta ku,keluargaku dari gangguan jins ,iblis, syetan dan niat jahat manusia,lindungi kami dari segala bala dan musibah dan sejahtera lah hidup kami"
c Baca "Bismillaahirrahmaanirrahiem"
d Istighafar 3 kali
e Selawat kepada Nabi
f Baca Al Fatihah
g Mula lah baca ayatul kursyi wakaf 9 ,seperti tanda wakaf dalam alquran Rasmi Uthmani)
mula membaca ayat kursi dari satu penjuru rumah sebelah kanan ,dan bergerak atau berjalan jalan ke sebelah kiri mengikut arah "tawaf kaabah"ia itu anti clockwise. Bacaannya harus bersambung (tidak putus putus)dan berakhir dipenjuru yang kita mula tadi.
e Apabila selesai tutup lah dengan selawat.
Waktu yang sesuai : satu kali sebelah petang sebelum matahari terbenam dan
Satu kali sebelah pagi selepas subuh sebelum matahari naik
B Perlindungan Diri Sendiri.
Selepas baca ayat kursi tiup di sekeliling diri sendiri mengikut pergerakan tawaf kaabah dengan niat melindungi diri.
Waktu yang sesuai : sebelum melangkah keluar dari rumah atau sebelum tidur
hidup SELAMATSEJAHTERA.com ini ingin mengajak anda mengharungi hidup dengan prinsip dan amalan hidup SEHAT , TENANG DAN SEJAHTERA .Hidup dengan memberi peringatan sesama kita boleh menyedarkan kita bahawa tubuh ini bukannya benda yang kekal ,hanya benda organik yang boleh rosak dan mati dan akhirnya balik ke tanah jua . Roh akhirnya menemui sang pencipta nya ..Allah SWT....Di situ lah mereka sedar akhirnya bermula nya kehidupan manusia yang sebenarnya ia itu dialam akhirat yang kekal abadi .
No comments:
Post a Comment