Doa Angin Ahmar
Telah diceritakan bahawa Hassan Bin Ali,cucunda Nabi s.a.w telah menghidap penyakit rongga dan keluar darah daripadanya,lalu nabi S.a.w dan sahabatnya telah mendapat khabar akan yang demikian ,tiba tiba turun lah melaikat Jibrail lalu berkata "hai Rasulullah.sesungguhnya Al Hasan telah kena penyakit "angin". Sabda Nabi s.a.w: "Hai saudara ku Jibrail,ada kah ubat baginya ?dijawab oleh jibrail: "bahkan ada." Kemudian Jibrail pun ghaib lah sejurus lalu kembali dan berkata kepada Rasulullah suatu hadiah doa yang mustajab,maka barangsiapa membacanya walaupun sekali seumur hidupnya nescaya ia terselamat daripada RIH (angin) Ahmar. Maka Nabi s.a.w pun membaca doa ini bagi Hassan r.a maka sembuhlah Hassan dari penyakit itu. Lalu Nabi s.a.w telah bersabda kepada sahabatnya "Pelajari lah oleh mu akan doa ini dan ajarkan lah dia kepada umatku supaya doa doa ini memberi manfaat kepada mereka serta memelihara mereka daripada ditimpa bala "Penyakit Angin Ahmar".
*Doa ini boleh dibaca pada air bersih atau dicampur dengan air zam zam dan beri minum kepada pesakit yang telah pun kena penyakit ini setiap hari.
Ini lah doa nya ......
PENYAKIT ANGIN AHMAR (STROKE)
Stroke atau angin ahmar adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap hal yang kita lakukan atau fikirkan, serta mengawal fungsi automatik seperti pernafasan. Otak memerlukan bekalan darah malar yang membawa oksigen dan nutrisi penting. Apabila pembuluh darah di otak pecah atau pun tersumbat, bekalan darah berhenti dan sel-sel otak kekurangan oksigen dan nutrisi dan sebahagian daripada otak mulai mati. Stroke atau angin ahmar berlaku dengan pantas sekali. Kerosakan otak menjejaskan deria rasa dan pertuturan . Sebahagian sisi tubuh mungkin akan lumpuh, perilaku kita, pola berfikir dan memori kita pun terjejas..
Stroke adalah yang ketiga penyebab kematian terbesar di Malaysia . Setiap tahun sekitar 40,000 orang di Malaysia menderita stroke .Melihat kepada keadaan gaya hidup manusia sekarang,sesiapapun boleh mendapat stroke walaupun ia seorang remaja , tetapi majoriti kes mempengaruhi orang dewasa.
Apa Yang Menyebabkan Penyakit Angin Ahmar?
Terdapat dua jenis stroke 1) ischaemic stroke- berlaku apabila gumpalan darah arteri yang menyekat bekalan darah ke otak. Stroke ” ischaemic” adalah hasil dari pembinaan kolesterol dan dalam arteri (aterosklerosis) selama bertahun-tahun . 2) haemorrhagic stroke – berlaku disebabkan pembuluh darah di dalam atau di sekitar otak pecah, menyebabkan pendarahan . Ini berlaku akibat tekanan pada pembuluh darah akibat penyakit darah tinggi yang tidak diubati .
Simpton Angin Ahmar
1 Lemah atau kebas sebelah tubuh
2 Penglihatan kabur
3 Kesukaran bercakap atau memahami pertuturan
4 Pening ,kehilangan kseimbangan atau keliru
5 Pening kepada yang kronik
6 Mual atau muntah
hidup SELAMATSEJAHTERA.com ini ingin mengajak anda mengharungi hidup dengan prinsip dan amalan hidup SEHAT , TENANG DAN SEJAHTERA .Hidup dengan memberi peringatan sesama kita boleh menyedarkan kita bahawa tubuh ini bukannya benda yang kekal ,hanya benda organik yang boleh rosak dan mati dan akhirnya balik ke tanah jua . Roh akhirnya menemui sang pencipta nya ..Allah SWT....Di situ lah mereka sedar akhirnya bermula nya kehidupan manusia yang sebenarnya ia itu dialam akhirat yang kekal abadi .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment