Friday, October 9, 2009

Beramal lah Dengan "Al Mathurat"

Terpanggil aku untuk mengajak anda untuk sama sama beramal dengan kitab kecil "Al Mathurat". Kata para ulama ,bacaan al quran harus dibacakan setiap hari di rumah, agar rumah kita tidak sunyi seperti kuburan. Tentu kita tidak mahu rumah kita gelap gelita seperti kuburan kan?. Tiada cahaya . tiada sinar dan tiada aura . Maka bergembira lah syaitan yang memang suka kediaman sebegini. Dalam solat memang agak susah nak khusyuk dan hadir hati . Orang orang sufi menganggap solat itu tidak sah jika tidak hadir hati,tapi ikut syariat sahaja ,selamat lah lagi kita kali ini. Selalunya dalam solat ,kita cepat cepat nak habis , bermacam macam melintas di hati,hal kerja,bisnes, saham, kekasih,exam dan macam macam lagi. Selepas solat ,kadang kadang kita mencari cari apa wirid yang harus dibaca , kalau boleh wirid yang cepat habis .....nak sambung kerja,ada temu janji ...itu lah jadual kita seharian, semuanya nak segera dan ringkas.

Kata orang orang alim ,baca wirid yang sedikit pun tak apa, asalkan amalan itu istiqomah di hati kita , jangan tinggalkan dalam tempoh 40 hari beramal ,agar kita sayang kepada nya dan teringat jika tingalkannya. Sudah lama ku perhatikan ,budak budak sekolah agama Maahad Muhamadi menjadikan al Mathurat sebagai amalan harian, dan mereka cemerlang dalam pelajaran , ada kah itu penyebab nya... keberkatan ayat ayat dan doa doanya dapat mengeluarkan getaran yang boleh memantap jiwa mereka , Walaupun kitab Al Mathurat ini kecil, ia mempunyai pakej lengkap, ini lah hasil penyusunan ulama As Syahid Hassan Al Banna ulama yang tersohor. AL Mathurat mengandungi wirid, doa,zikir,istighfar dan selawat Ia merupakan amalan harian Rasulullah SAW dan beliau telah meninggalkan kita dengan khazanah yang sangat berharga agar kita umatnya dapat mengamalkannya, hanya baginda Rasulullah sahaja yang tahu betapa besarnya ganjaran bagi orang yang beramal dengannya.
Di antara fadilat fadilatnya ,insyaAllah dapat memantapkan jiwa kita ,perlindungan, menguatkan akidah , kesihatan jasmani dan rohani dan yang penting ia merupakan senjata orang mukmin.

Di antara Surah surah dalam Al Mathurat :-

1 Al fatihah,
2 Al baqarah ayat 1-5,
3 Al kursyi,
4 Al Baqarah ayat 256,257,
5 Al Baqarah 284-286,
6 Al Imran ayat 1-2,
7 Imran ayat 1-2
8 Thaha ayat 111-112,
9 At Taubah ayat 129,
10 Al Isra' ayuat 110-111,
11 Mukminun ayat 115 -118
12 Ar Rum yat 17-26
13 Mukmin ayat 1-3
14 Al Hasyr ayat 22-24
15 Az Zalzalah
16 Al Kafirun
17 An Nasr
18 Al Ikhlas
19 Al Falaq
20 An Nas

Kitab ini mempunyai doa doa yang mengasuh jiwa kita untuk :-
- selalu memuji Allah,
- membuat pengakuan teguh pendirian dalam islam,
- sentiasa mensyukuri nikmatnya,
- kita berikrar ( Allah sebagai tuhan kita,islam sebagai ugama kita,muhammad ada lah nabi dan rasul kita),
- bertasbih kepada Allah,
- meninggikan asma ,
- doa terhindar dari syirik
- doa memohon berlindung dari kejahatan makhluk,
- doa terhindar dari cengkaman hutang
- doa dilimpahkan kesihatan
- doa terhindar dari kemiskinan,
- doa keampunan
- doa istighfar ,pujian mohon taubat
- selawat kepada nabiMuhammad SAW,
- pengakuan kekuasaan Allah
- Doa Rabitah

Kitab ini perlu di amalkan pagi (di antara subuh hingga 12 thari dan petang (di antara ashar hingga isyak). Al Mathurat ada dua jenis , ia itu KUBRA dan SUGRA. Pakej kubra mempunyai ayat ayat lengkap dan boleh dibaca bagi orang yang mempunyai masa panjang. Manakala Sugra pakejnya lebih ringkas sesuai bagi orang yang sibuk. Cari lah kitab itu di kedai kedai buku agama dan moga - moga kita mendapat ganjaran di dunia dan akhirat nanti, InsyaAllah.




Thursday, October 8, 2009

Ada Kah Kemusnahan Manusia Semakin Hampir ?Secebis Nasihat Untuk Renungan




Generasi akhir zaman ini sedang berhadapan dengan petanda petanda awal kiamat. Kita sedang menyaksikan dunia dan alam semesta dengan bencana alam yang datang silih berganti. Maka mengkaji lah mereka dengan ilmu sains dan alat yang canggih , namun alam tetap dengan cara nya..balasan setimpal kepada manusia yang tidak tahu menghargai kewujudannya. Dunia setiap detik menyaksikan kemusnahan generasi masa kini akibat gejala dadah,penderhakaan kepada ibubapa (ibu bapa bertuan kan anak nya) pergaulan sosial yang bebas yang tidak mengenal batasnya, kaum hawa yang suka mendedahkan aurat nya, kejadian murtad yang banyak tersembunyi, perhubungan sonsang (lesbian dan gay) yang sudah pun berani melebelkan diri mereka dengan nyata. Ada kah kaum kaum zaman nabi LUT sudah kembali semula untuk menemui kemusnahannya oleh Allah swt!.


Kita juga sedih menyaksikan semakin ramai ulama ulama dan cendiakawan islam tidak lagi sanggup menegur kemungkaran berlaku di hadapan mereka ,mereka bertengkar hanya kerana isu yang remeh temeh . Ada kah zaman masa kini kita masih boleh melahirkan ulama yang bertakwa ,berkat dan sanggup menyambung perjuangan Rasullulah s.a.w dengan erti kata yang sebenarnya?

Kita juga sungguh sedih apabila melihat faktor keruntuhan umat islam masa kini disebabkan perbalahan dan perpecahan , ada kah ini dipanggil perjuangan ? Persengketaan diantara umat islam seolah olah tidak akan berakhir. Alangkah sukanya sang iblis menyaksikan keadaan kita sekarang. Ada kah Allah swt akan memberi bantuan dari langit untuk melawan musuh musuh islam dalam keadaan orang islam yang tidak bersatu ?

Mari lah sama sama kita perkasakan diri kita dan keluarga dengan kehidupan yang sejahtera dan diberkati oleh Allah. Marilah kita perkasakan roh roh kita dengan memperbanyakan solat, doa dan amalan amalan sunnah. Mari lah kita jaga tubuh kita melalui riadah dan senaman dan pemakanan yang suci dan berkhasiat . Marilah kita sama sama menjaga ukhwah sesama islam , hindarkan pemikiran taksub dan fanatik kerana itu akan melahirkan insan yang berdendam dan ria. Perkayakan lah institusi keluarga kita dan berilah anak kita dengan ilmu yang bermanfaat ,didik lah anak kita supaya supaya mereka cintakan ilmu , menjadi ahli profesional yang bertakwa, peniaga dan usahawan yang jujur dan bertakwa dan pendakwah yang takut kepada seksaan Allah swt.


Berwaspada lah Dengan Apa Yang Kita Makan.


Berwaspada lah dengan apa yang kita makan!

Ketahui lah musuh musuh islam telah cuba bermacam cara untuk melemahkan ummah. Musuh musuh islam begitu takut dengan doa orang orang mukmin ,kerana itu merupakan senjata yang bolih memusnahkan mereka. Mereka telah berjaya memecah belahkan kita melalui politik dan pemerintahan, merosakkan akhlak melalui muzik dan budaya mereka,dadah dan arak dan mengelapkan hati kita melalui makanan . Saya sungguh sedih dan simpati apa bila melihat orang kita tidak lagi kisah apa yang mereka makan.Apa tah lagi jika dapat makan 'free' lagi tidak kisah. Jangan kita marah kan anak kita jika mereka keras hati ,kerana faktor pemakanan haram atau subahat adalah angkara nya. Berwaspada lah kita dengan makanan sembelihan seperti ayam,ekor lembu ,bahan bahan daging yang melambak di gpasaran kita. Jangan terkejut jika kita dapati ayam daging pun bolih disembelih olih orang bukan islam dan dijual meluas dipasar pasar dan supermarket.Jangan terkejut jika saudara ketahui hidangan sup ekor lembu yang sedap sebahagian besarnya di seludup melalui sempadan dan di perolehi dari sumber yang meragukan. Kita juga perlu berwaspada dengan bahan bahan arak yang dimasukkan dalam kek dan cokolat. Dan yang amat menyedihkan air mineral yang nampak bersih dan berkhasiat di cemari dengan "holy water"! Betapa ramai agak nya saudara kita yang gelap hati menjadi murtad dan berpisah dengan keluarga ......itu kerana kita tidak lagi kisah dengan apa yang berlaku!

Resipi Hidup Sihat Dan Tenang

TEKANAN JIWA ,kemurungan ,bipolar ,shizophrenia merupakan satu lagi penyakit mengancam manusia akhir zaman sebaris atau mengatasi penyakit barah,jantung, kencing manis ,hipertensi . Malang nya penyakit ini kurang diambil perhatian dan sering di ambil mudah dan pesakit mengabaikan rawatan sehingga menyebabkan keruntuhan institusi keluarga ,keselamatan orang awam tergugat dan juga pesakit boleh berakhir dengan kematian akibat bunuh diri atau komplikasi yang lain. Bagi meningkatkan kesihatan mental tanpa penggunaan ubat ubatan tanpa dadah ,gabungan beberapa kaedah boleh di ikuti untuk menyingkirkan perasaan tidak menentu dan meningkatkan semangat diri seperti :-

SENAMAN YANG MENYIHATKAN
Senaman berterusan atau senaman selama setengah jam lima kali seminggu memudahkan seseorang menyesuaikan diri dengan tekanan serta meningkatkan pembebasan hormon seperti noradrenalin,serotonin,beta endorfin dan dopamin yang membantu meningkatkan perasaan yang baik. Senaman seperti jogging, berjalan pantas,mengayuh basikal,senaman pernafasan,senamrobik di antara senaman ringan sesuai untuk semua peringkat umur.

KETAWA

Ketawa boleh meningkatkan pembebasan endorfin ia itu sejenis bahan yang memberi rasa kesejahteraan di dalam otak. Ketawa dan kegembiraan boleh meningkat fungsi ketahanan tubuh terutama dari segi pengeluaran sel pembunuh semula jadi yang mempertahan kan tubuh daripada penyakit.

SENTUHAN MANUSIA
Sentuhan manusia juga boleh meningkatkan pengeluiaran endorfin dan hormon pertumbuhan yang boleh mengurangkan kesan negatif akibat tekanan.Berikan pelukan untuk yang tersayang kerana ia boleh meningkatkan semangat dirinya.

BERNAFAS DENGAN BETUL
Bernafas dengan betul memang boleh menyingkir toksin dan sisa dari tubuh.Di anggarkan sebanyak 30% toksin dalam tubuh di singkirkan menerusi usus dan pundi air kencing ,selebih nya melalui pernafasan.Bernafas dengan betul boleh menenangkan minda,meningkatkan tenaga dan memperbaiki semangat diri.

BAU BAUAN
Bau bauan mempunyai kesan terhadap tubuh dan minda.Apabila saraf didalam hidung terangsang ,ia akan merangsang suatu sistem di dalam otak yang dikaitakan dengan otak yang dikaitkan dengan perasaan dan daya ingatan. Konsep ini memainkan peranan penting dalam aromaterapi yang menggunakan kuasa pemulihan dari tumbuhan yang memiliki bau bauan kuat.Aromaterapi turut menyarankan rawatan kemurungan menggunakan tumbuhan seperti bunga melur,eucalyptus dan limau gedang untuk membantu meningkatkan kepekaan serta kegembiraan.

POKOK BUNGA BUNGAAN
Bungaan yang berwarna warna warni mempunyai pengaruh yang kuat bukan sahaja terhadap perasaan dan semangat sesorang,malah boleh membantu melawan tekanan.Kajian menunjukkan sesorang yang bekerja bersebelahan bungaan lebih relaks dan menenangkan.

PENGAMBILAN MAKANAN BERASASKAN MAKANAN IKAN DAN SUSU
Sajian berasaskan hidupan laut seperti ikan salmon,gamat emas dan sebagainya mengandungi dua jenis asid lemak omega3 EPA dan DHA. DHA yang tinggi membantu merangsang otak meningkatkan pengeluaran serotonin dan dopomin itu bahan kimia otak penting untuk ketenangan.Mereka yang kurang menikmati sajian ikan mudah terdedah kepada kegelisahan,mudah marah dan masalah murung.
Susu ,dadih,keju ,telur,pisang dan kekacang baik untuk minda kerana ia kaya dengan trytophan sejenis asid amino diperlukan untuk pengeluaran serotonin yang merangsang perasaan seseorang.Oleh tubuh manusia tidak boleh mengeluarkan trytophan dengan sendirinya ia harus diperolehi dari sumber tersebut yang kaya dengan amino asid.

TIDUR SECUKUPNYA
Mereka yang mengalami gangguan tidur mempunyai kecederungan untuk mengalami kemurungan lima kali ganda berbanding dengan mereka yang tidur lena.Tidur lah dengan secukupnya untuk mendapatkan ketenangan

KEKURANGAN CAHAYA MATAHARI
Kekurangan cahaya matahari boleh mengakibatkan kekurangan bitamin D. Mereka yang mengalami kemurungan biasanya mempunyai kekurangan bitamin D yang lebih rendah sebanyak 14 %.

MENDENGAR BACAAN AL QURAN .
Kajian menunjukkan mendengar dan membaca alquran selama sejam sehari selama seminggu juga antara terapi boleh membantu mengurangkan kemurungan sehingga 25 %. Mendengan muzik yang sesuai yang boleh mendamikan jiwa dari sumber bunyi bunyian alam semula jadi juga berkesan untuk mendamaikan jiwa.

TERAPI MENGGUNAKAN "MEDAN ELEKTROSTATIK"
Rawatan menggunakan rawatan medan elektrostatik pada asasnya mengguna getaran elektrik. Terapi ini selamat digunakan dan boleh membantu membersihkan darah,menyelaras sistem saraf,merawat sel sel badan dan mempertingkatkan proses pengantian sel sel yang telah rosak.

Search This Blog