Makanan organik "Superfood" untuk kesihatan yang optimum.
Spirulina ada lah satu sel algae yang mempunyai warna hijau kebiruan yang hidup dalam air yang mempunyai ph alkali. Perkataan spirulina berasal dari latin bermakna "helix" atau "spiral" yang mempunyai rupa bentuk berputar putar. Spirulina juga memberi maksud pemakanan tambahan untuk kegunaan manusia dan haiwan dihasilkan dari 2 jenis spesies organisma cyanobacteria: 1 Arthrospira platensis, dan 2 Arthrospira maxima. Kini Spirulina di tanam secara besar besaran untuk menghasilkan pemakanan kesihatan manusia di seluruh dunia.
Chlorella juga merupakan satu sel alga mempunyai nukleus dan kandungan chlorophyl yang tinggi. Kedua dua Spirulina dan Chlorella mempunyai kandungan protin yang tinggi (58%), karbohidrat, kesemua Bitamin B, Bitamin C dan E, asid amino , "Essential Fatty asid, dan minerals. Kandungan bitamin B12 lebih tinggi dari organ hati (liver) dan juga kandungan beta kerotin juga tinggi.
Kedua dua pemakanan ini chlorella dan spirulina ada lah penuh dengan nutrien dan "phytochemicals" penting untuk kesihatan dan meningkatkan daya tahan tubuh dari penyakit.
hidup SELAMATSEJAHTERA.com ini ingin mengajak anda mengharungi hidup dengan prinsip dan amalan hidup SEHAT , TENANG DAN SEJAHTERA .Hidup dengan memberi peringatan sesama kita boleh menyedarkan kita bahawa tubuh ini bukannya benda yang kekal ,hanya benda organik yang boleh rosak dan mati dan akhirnya balik ke tanah jua . Roh akhirnya menemui sang pencipta nya ..Allah SWT....Di situ lah mereka sedar akhirnya bermula nya kehidupan manusia yang sebenarnya ia itu dialam akhirat yang kekal abadi .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment