Wednesday, October 21, 2009

Peristiwa Tulisan Al-quran Pada Tubuh Bayi



Peristiwa tulisan al-quran di tubuh bayi berumur 9 bulan berlaku di Dagestan,Rusia.Huruf al-quran tersebut tidak kekal lama dan hilang secara beransur-ansur selepas beberapa hari.Huruf al-quran yang lain akan muncul semula apabila bayi itu menunjukkan tanda-tanda demam pada dirinya,pihak kerajaan telah membuat pemeriksaan tetapi tidak ada jawapan keatas kejadian tersebut. Apakah pengajaran yang kita boleh perolehi dari peristiwa ini? Kalau lah orang bukan islam yang mengatakan "ah ini karut" kita tidak hairan, tetapi masih ada kah orang islam berani menidakkan nya ? Sudah banyak keganjilan berlaku akhir akhir ini,nama ALLAh terpahat dan muncul dimana mana sahaja seperti dalam buah buahan,pada pokok,di ikan,atas langit,pada air ombak,pada gunung dan bermacam macam lagi..mungkin kita pernah mendengar,melihatnya tetapi masih tidak terpahat di otak kita ...apa Allah hendak sampaikan ? ada kah ini satu peringatan atau amaran ?Kalau zaman beribu tahun dahulu diturunkan nabi nabi dan rasul,Allah memusnahkan kaum kaum yang ingkar melalui air bah,ribut taufan,kemarau dan kekeringan,gunung berapi dan gempa bumi , bahawa ,ada kah Allah akan membiarkan kita dengan keadaan kemungkaran selama lama nya. Dia lah ALLAH pencipta seluruh alam ,tetapi manusia terus hanyut.... hanyut didalam kemaksiatan ,perbalahan sesama islam, kesesatan ,kegelapan, dengan kesombongannya seolah olah tiada penghujungnya.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog