Kita melihat bukan sedikit manusia menghabis sisa sisa hidupnya dgn hanya mencari KEKAYAAN DUNIA , tapi hanya sedikit sahaja mencari kekayaan HATI. Mereka pun tahu hidup hanya mencari kekayaan harta dan wang ringgit itu benda tidak kekal ,boleh hilang sekelip mata jika dilanda bencana, boleh berkurangan jika diambil orang, boleh bertukar tangan jika dia meninggal dunia , apa tah lagi kekayaan itu diperolehi dgn cara yg tidak reda, segala kekayaan itu membiak seumpama virus dan kuman yg harus dijawab dihadapan Allah kelak,...cara mana memperolehi harta itu,kemana dibelanjakan ?. Apa guna semua itu jika ia akan berakhir dgn kesusahan semasa di alam barzakh dan kesusahan pada ahli keluarga yg masih hidup. Mereka yang hidupnya hanya mencari kekayaan dunia ini akan meninggalkan dunia ini dengan rohani yg miskin, apabila mengadap sang penciptanya. Segala yg mereka tinggal itu yang diusahakan sejak 50 tahun dahulu akan dibahagikan bahagikan oleh ahli keluarga dan ada yg berpecahah belah kerana sifat dengki ,sifat tamak dan haloba. Semasa hidupnya Si pejuang harta kekayaan dunia ini mereka rasa gelisah dan takut harta itu berkurangan dan sentiasa berusaha mengandakn nya dgn apa jua cara pun. Mereka sirami hidup ahli keluarga dgn kemewahan dunia tapi tidak dengan kerohanian, akibatnya, jadilah ahli keluarga yg cinta dunia . Mereka akan disanjung,mereka memperolehi ramai kenalan ,mereka hidup penuh dengan 'glamour'. Mereka rasakan segala yang mereka dapat itu ada lah kerana daya usaha dn titik peluhnya ,sehingga mereka tidak merasa apa yg mereka perolehi itu ada lah pemberian Allah yang maha pemurah dan penyayang, berkat doa ibubapa mereka yang pernah doakan sejak kechil lagi untuk sianak itu.
Sebenarnya kekayaan yg sebenarnya ia lah KEKAYAAN HATI kekayaan abadi .Ia tidak musnah oleh kematian dan tidak musnah oleh orang yg hasad dengki. Orang yang kaya hati mereka sentiasa redha dan bersyukur walaupun tinggal dirumah usang,walaupun menjamah nasi dengan berlauk kan ikan yang ditangkap ditepi bendang ,hidup mereka sederhana ,kadang kadang susah tapi masih tenang dan reda dengan pemberian Allah yang sedikit. Mereka ini orang yg selalu sabar, amat mudah memberi ,mereka tenang dan lapang dimana sahaja dia berada. Orang yg memiliki kekayaan hati ,baru melihat wajahnya sahaja kita merasa lega dan tenang ,bila bercakap dgn nya terasa disiram dgn air yg dingin. Orang yg memilki kekayaan hati ini seoleh oleh diberi sebuah lampu yg sangat terang cahayanya sehingga dia dapat menerangi hati orang lain pula. Ada kah hidup anda masih merasa berserabut,gelisah,masih kekurangan walaupun sudah dilimpahi dengan segala segala nya yang anda idamkan?
hidup SELAMATSEJAHTERA.com ini ingin mengajak anda mengharungi hidup dengan prinsip dan amalan hidup SEHAT , TENANG DAN SEJAHTERA .Hidup dengan memberi peringatan sesama kita boleh menyedarkan kita bahawa tubuh ini bukannya benda yang kekal ,hanya benda organik yang boleh rosak dan mati dan akhirnya balik ke tanah jua . Roh akhirnya menemui sang pencipta nya ..Allah SWT....Di situ lah mereka sedar akhirnya bermula nya kehidupan manusia yang sebenarnya ia itu dialam akhirat yang kekal abadi .
Tuesday, May 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment