Wednesday, August 24, 2016

DOA UNTUK MU WAHAI AYAH DAN IBU

       DOA UNTUK MU Wahai ayah dan ibu.....                                                                
 .
DOA UNTUK IBU DAN AYAH  …..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillahi rabbil’alamin wa bihinastai’in
Wassalatu wassalamuala rasulika wanabiika
Muhammadin sallallahu alayhi wa’ala alihi wasahbihi wassalam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpang rahimnya. 9 bulan 10 hari lamanya. Wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak isi Ya Allah. Luka kulitnya Ya Allah.Tumpah darahnya Ya Allah.Bercucuran air matanya menahan sakit dan derita ..itulah ibu kami Ya Allah.
Demi Al quran yang kami baca tadi keberkatannya,ampunkan ibu itu Ya Allah. Ampunkan ibu yang tidak pernah kenyang makan minumnya …..kerana mengenyangkan kami.
Ampunkan ibu yang tidak pernah lena tidurnya…kerana menyenyakkan tiduran kami.
 Ampunkan ibu yang tidak kisah langsung dengan sihat sakitnya…..kerana menjaga kebajikan kami.
Ampunkan ibu Kami Ya Allah , Mulia sungguh dirinya, sudi membasuh mencuci najis dan kotoran kami,
Ya Allah. Tidak pernah pula dia mengungkit dan bersungut Ya Allah.Ampunkan ibu yang tangan lembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami.Hari ini wajahnya nampak urat-urat tua memamah dirinya, Ya Allah.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah ampunkan pula seorang lelaki yang dibin bintikan nama kami dengan namanya itu lah ayah kami,Ya Allah. Manusia yang mengajar kami Ashadu Alla illaha illallah wa Ashhadu Anna Muhammadar Rasulullah. Dengannya kami kenal ketegasan didunia ini kami kenal peraturan dan manhaj hidup ini.
Ya Allah.Kami kenal engkau Tuhan kami ,kami kenal nabiMu utusanMu Ya Allah. Kami kenal akidah yang sebenarnya mesti dipegang hingga hayat kami.
Ya Allah ampunkan ayah yang kami tidak selalu memahami dirinya. Ampunkan ayah yang  air matanya jarang titiskan depan kami , titisan itu hanya untukMu  Ya Allah. Resah gelisahnya disembunyikan dari kami tapi hanya diceritakan kepadaMu Ya Allah. . Rahsianya hanya engkau yang tahu.  Ampunkan ayah yang bertanya khabar melalui lisan ibu.  Yang menghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu .  Yang selalu memandangkan kami, ketawa kecil tersenyum lebar dari jauh. Tetapi apabila didekati,wajahnya tegas mendidik kami. Hingga hari ini apabila kami jadi ayah ibu…kami baru mengenali itu ayah sebenarnya…Ya Allah.
Ya Allah andai kata mereka berdua masih ada …..Engkau sihatkan mereka, panjangkan umur mereka dalam kebajikan dan kewarasan. Tambahkan padanya ketabahan dan keimanan,ketakwaan.Ya Arhamarrahimin. Andai kata Engkau ingin ambil dia,mereka berdua dari kami….jangan Enkau sakiti mereka Ya Allah. Jangan sakarat itu membebankan mereka Ya Allah…seperti mereka selalu mendodoikan kami Ya Allah. Lembutkan urusan itu,Ya Allah.Andai mereka telah pergi bertemu denganMu,lapangkan kuburan mereka. Pindahkan mereka dari kegelapan liang lahad  kedalam syurgaMu yang luasnya tidak terperi. Kurniakan mereka nikmat yang abadi.

Rabbana taqabal minna innaka antas sami ul ‘alim. Wa tub alayna ya maulana innaka antat tawwabur rahim. Wasallahu ‘alanabina Muhammadin wa ‘ala alihi wasahbihi ajmain.Rabbana taqabbal minna innnaka antas sami’ul ‘alim.Wa tub alayna ya maulana innaka antat tawabur rahim. Wasallahu ‘ala alihi wa ashabihi ajmain.Walhamdulillah hirabbil alamin.  

Search This Blog